بسم الله الرحمن الرحيم
Musim cuti sekolah. Musim walimah. Bakal pengantin sibuk membuat persediaan pernikahan dan perkahwinan. Siti pun sibuk juga. Sibuk menghadiri walimah. Awal cuti dia ke utara. Pertengahan cuti ke selatan. Akhir cuti ke Pantai Timur. Setiap kali hadir walimah, dia sudah tentu ditanya soalan yang sama.
Semasa walimah di utara, ibu sahabatnya bertanya, "Siti, hang bila lagi?"
"Belum tiba jodohnya, mak cik. Allah lebih tahu." jawabnya ringkas.
Sewaktu walimah di selatan tanah air nun jauh di Johor, sahabatnya Sarah bertanya, "Siti, ko bila lagi?"
Siti tersenyum lantas berkata, " Tak pasti Sarah. Allah lebih tahu."
Ketika walimah di Pantai Timur, rakan sekelasnya, Minah bertanya, "Siti, mu bila lagi?"
Siti, tersenyum lebar lalu menjawab, "Itu bukan kerja aku, Minah. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Jadikan diri kita seorang wanita yang solehah. Insya-Allah pasti Allah hantarkan lelaki yang soleh untuk kita."
Seuntai kata untuk dirasa : Jodoh itu ada. Mati itu pasti.
0 komen:
Post a Comment