بسم الله الرحمن الرحيم
Pengalaman
saya melihat setiap insan di sekeliling saya yang diiuji-Nya dengan
pelbagai dugaan, cabaran dan ujian yang tak terduga - ada yang boleh
menerima, ada yang tak mampu, ada yang tabah, ada yang kuat, ada yang
menangis, ada yang masih mampu tersenyum, ada yang pasrah dan ada yang
redha dengan ketentuan-Nya. Namun, saya cukup terkesan dengan kata-kata
seorang hamba Allah ini, dia masih mampu tersenyum saat hatinya terluka.
Katanya, "Saya masih mampu tersenyum kerana apalah sangat ujian saya ni
berbanding dengan orang lain. Pengalaman ni banyak mematangkan saya.
Saya menjadi lebih tahu daripada tidak tahu. Meskipun Allah pilih saya
untuk rasa sakit, saya tetap yakin pilihan Allah tentu bersebab."
Seuntai kata untuk dirasa : Kita akan kuat dan tabah kalau kita mahu memilih untuk kuat dan tabah. =)
2 komen:
Saya suka kata-kata kawan awak tu, ujian yang datang tu mematangkan dan menjadikan kita lebih tahu dan faham. Bila hati redha, kehidupan kita menjadi tenang bila kita masih tidak dapat melupakan,kemungkinan boleh menjejaskan kesihatan diri dan berada dalam kemurungan yang berpanjangan. Pasti yang berlaku ada hikmah walaupun bukan pada waktu sekarang...
Betul sekali apa yang ukhti katakan. Ana pun suka kata-kata ukhti. "Pasti yang berlaku ada hikmahnya walaupun bukan pada waktu sekarang." Detiknya pasti tiba jua. Jangan bimbang dan risau. Ikhlaskan hati dan bersabarlah! Allah is the best planner! ^_^
Post a Comment