Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu, saya pernah titipkan mutiara ini kepada sahabiah yang sedang berduka. Hmm.. Hidup bagaikan roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Namun, harus diingat kitalah yang menunggangnya. Kini, saya pulangkan mutiara itu pada diri saya pula. =)


Bila kau memandang segalanya daripada Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengan-Nya.


Seuntai kata untuk dirasa : Cik Hamidah pernah berpesan belajarlah untuk menikmati kesusahan dan kegagalan. Barulah terasa nikmat kejayaan. =)

2 komen:

wardah October 27, 2011 at 3:19 AM  

Zue, terima kasih utk mutiara kata di atas..sesuatu berlaku pd sy hari nie.. sgt skit, impian yg diangankan akhrnya tidak kesampaian.. sgt pedih..=(

Zue October 27, 2011 at 6:41 PM  

Sama-sama Wardah. =)

Mmg pedih dan sakit. Saya pernah juga merasakannnya. Malah, mungkin semua orang pernah merasakannya. Kadang-kadang dalam hidup ni, tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat, tidak semua yang kita lakukan betul.. Kita hanya merancang, Allah juga merancang tetapi tentulah perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.. Fikirkanlah, mengapa sesuatu itu ditakdirkan untuk kita..

Ukhtifillah,

Seberat mana masalah yang menimpa kita, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba-Nya.. ALLAH IS THE BEST PLANNER EVER...^__^

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)