Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Pemakan serat kayu

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah! Lihatlah dinding reban ayam di rumah saya yang
telah diukir
dengan indah sekali oleh anai-anai dan kerabatnya

Siapakah si pemakan serat kayu?

Tentulah anai-anai, serangga sosial yang biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Kitaran hidup anai-anai kompleks kerana hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).

Pernahkah anda mendengar peribahasa seperti anai-anai makan kayu?

Peribahasa ini bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

Minggu peperiksaan sudah semakin hampir. Oleh itu, marilah kita mencontohi anai-anai. Maksud saya bukannya makan serat kayu mati atau serat kayu hidup macam anai-anai tetapi contohilah sikapnya yang tekun dan rajin tu. (◠‿◠✿)

Seuntai kata untuk dirasa : Tahukah anda anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing? =)

7 komen:

Alieya =) October 28, 2011 at 6:26 AM  

yeke Zue? hehehe sy xthu sblm nie yg anai-anai juga sama mcm semut.. ^_^ ada permaisuri..huhu plg menarik, anai2 slg menyuap antara 1 sama lain..Subhanallah! sungguh unik!
terima ksih zue diatas information ini.. =)

Dekya October 30, 2011 at 12:20 AM  

Assalamualaikum..
Cik Zue, rmh cik zue dkt tak dgn pantai? hehe

Zue November 9, 2011 at 6:56 AM  

Alieya: Hebat kan ciptaan Allah. Anai-anai pun berukhwah kerana Allah.(◠‿◠✿)

Dekya: Tak. Kenapa ya? =)

Dekya November 10, 2011 at 3:53 AM  

takda apa.. =)

Jannah November 13, 2011 at 8:37 PM  

Assalamualaikum Zue ^_^
GOOD LUCK EXAM...
buat yang terbaik hanya kerana ALLAH!
semoga ilmu itu memberikan manfaat kepada semua insan.

Anonymous January 14, 2012 at 10:46 AM  

tahu tak, anai-anai sebenarnya buta...
tapi siapa sangka, si buta ini mampu meroboh sebuah rumah...
kita yang celik ni pun masih tak nampak jalan ke masjid, hehehe...
sekadar pandangan!!!

Zue February 4, 2012 at 12:36 AM  

benar..
andai begitu..
maka mata hatilah yang harus dibersihkan.. Ayuh!! ^_~

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)