بسم الله الرحمن الرحيم
Dah lama teratak ini tidak dikemas kini. Alhamdulillah masih dalam bulan Syawal. Tak salah kan kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menang dan kembali kepada fitrah.
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian).
Rindu ketupat palas mak saya =) |
Selepas Ramadhan meninggalkan kita, ramai yang keliru sama ada mahu berpuasa sunat Syawal atau qada puasa dahulu. Saya tinggalkan artikel daripada Ustaz Zaharuddin dan coretan Kak Ha (Ustazah Fatimah Syarha) mengenai hal ini kepada anda. Mudah-mudahan saya dan anda manfaatkannya.
Terkenang zaman kampus. Seorang pelajar
bertanyakan Dr. Akram Laldin tentang boleh atau tidak menggabungkan
puasa qadha' dan puasa 6. Jawab ustaz dengan jawapan yang bagi saya
mudah difahami (versi terjemahan): "Tak kan dengan Allahpun nak berkira.
Kalau boleh kita nak puasa sebanyak mungkin. Buat qadha' dulu. Lepas tu
buat puasa 6. Jika tak sempat (sempat qadha' saja), berdoalah moga
Allah bagi pahala puasa 6 sekali."
~Ustazah Fatimah Syarha~
Seuntai kata untuk dirasa : Masih banyak tugas yang belum disempurnakan. Mohon doakan segala urusan saya Allah permudahkan.. Terima kasih. =)
0 komen:
Post a Comment