بسم الله الرحمن الرحيم
Pada suatu hari, keluarga kawan baik bapa Masyitah datang melawat Masyitah sekeluarga di rumah. Selepas menghidangkan air, Masyitah terlihat anak lelaki kawan baik bapanya yang berusia lebih kurang sebaya dengannya sedang melihat album keluarga. Masyitah khuatir jika gambarnya semasa kecil yang tidak bertudung itu dilihat oleh anak lelaki kawan baik ayahnya itu.
Dalam situasi ini, apakah hukumnya seorang lelaki bukan mahram melihat gambar seorang wanita semasa masih kecil?
Menurut Ustaz Azhar Idrus, tidak haram gambar kanak-kanak perempuan yang masih kecil dilihat.Hal ini demikian kerana pada masa kecil aurat belum wajib ditutup dan tidak mendatangkan syahwat.
Menurut ustaz lagi, tidak mengapa jika gambar kanak-kanak perempuan tersebut usianya lebih kurang tujuh tahun ke bawah.
Masyitah berasa lega setelah perkara tersebut dimaklumkan oleh umminya. Umminya hanya tersenyum setelah menerangkan perkara tersebut kepada Masyitah yang nyata amat malu andai gambarnya dilihat orang.
Selepas itu, Masyitah menanam tekad di hati kecilnya untuk mempelajari ilmu fiqh wanita dengan lebih mendalam sebagai persediaan untuk mendidik puterinya pada masa hadapan.
Seuntai kata untuk dirasa : Kanak-kanak memang comel sangat. Suci.
0 komen:
Post a Comment