Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Kulihat dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam 
kulihat dia
mengutus duka
meratap hiba
menangis di ribaan-Nya.


Semalam 
kulihat dia
menghimpun harapan
merintih dahagakan
embun kasih-Mu Tuhan.

 

Semalam
kulihat dia
 
menyingkap tirai malam
melamar secebis kekuatan
dalam sujud syahdu berpanjangan.

Dingin malam ini
kulihat dia

mengguyur setitik cinta
melangit semerbak haruman taqwa
 
kutahu kini dia
damai dalam pelukan-Nya.

Seuntai kata untuk dirasa : Ingin kulamar senyum malam dengan secebis kekuatan. Ya Rabbul Izzati, pinjamkan daku kekuatan itu...



2 komen:

Ros February 28, 2011 at 7:50 PM  

Salam...
Hanya Allah SWT sebenar-benar tempat mengadu dan membersih jiwa. Datanglah kepadaNya, Allah SWT tidak pernah tidur, tidak pernah lalai dan mengetahui rahsia hati kita. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Moga kita senantiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Zue May 14, 2011 at 12:57 AM  

Waalaikumsalam...

Sungguh ummi.. Hebatnya Allah SWT yang Maha Agung, Pemilik Hati hamba-hamba-Nya.

Semoga kita senantiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT. Amin...

Jazakillah khairan khatira ya ummi..

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)