Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Sampah dan tong sampah

بسم الله الرحمن الرحيم

kredit gambar

Sampah dan Tong Sampah

Penghawa dingin bas ekspres sungguh cekap menjalankan tugas. Di kiri kanan laluan tengah bas yang sempit itu semua penumpang bas menyelimuti diri dengan apa-apa sahaja baik selimut, kain batik, baju panas, mahupun apa-apa sahaja yang dapat memberi keselesaan. Yang kebal sekadar berpeluk tubuh sahaja.

Di tempat duduk 'doube-seat', seorang pemuda sedang makan. Mungkin makanan yang dibeli semasa bas berhenti rehat di hentian rehat dan rawat . Mungkin juga makanan yang dibeli di stesen bas. Mungkin dibawa sendiri. Entahlah...

Tidak lama kemudian, bekas makanan terlihat di atas lantai bas hasil tangan pemuda tadi. Hairannya tong sampah terletak bersebelahan tempat duduk dihadapannya. Apakah tangan itu tidak bisa menjalankan tugas? Barangkali juga beliau tidak nampak.

Bas yang dipandu sederhana laju kemudiaannya membrek secara mengejut apabila melalui satu selekoh tajam di lebuhraya. Tong sampah yang berisi sampah sarap jatuh tertiarap. Isinya bertaburan di atas lantai bas. Kebanyakan penumpang tersedar dek terkejut dengan kejadian brek mengejut tersebut dan mungkin juga terkejut dengan bunyi tong sampah yang terjatuh. Pemuda tadi terus mengembalikan kedudukan asal tong sampah tadi dengan mengangkatnya dengan menggunakan kaki. Namun, sampah-sarap dibiarkan tanpa dikutip semula. Setelah itu, pemuda tersebut tidur semula.

Seorang gadis yang duduk bersebelahan pemuda tadi di kerusi 'single-seat' kemudiannya berusaha mengutip sampah-sarap yang keluar dari perut tong sampah meskipun sampah-sarap tersebut bukan miliknya. Sampah-sampah tadi diletakkan kembali dalam tong sampah.

Lantaran melihat usaha gadis itu, seorang gadis India yang duduk di hadapan tempat duduk gadis yang mengutip sampah tadi turut sama mengutip sampah berhampirannya dan membuangnya di dalam tong sampah.

Kedua-dua gadis itu tersenyum mesra saat pandangan mereka bertaut semasa mengutip sampah berhampiran tempat duduk mereka. Dari mata turun ke hati. Bermula dengan pandangan yang bertaut, mereka berbual sambil berkenalan dan beramah mesra menyimpul ikatan persahabatan di hati.

Bukan hanya cerita sampah dan tong sampah?

Ini bukanlah cerita hanya mengenai sampah dan tong sampah, mahupun sampah-sarap tetapi kisah tentang nasihat tanpa bicara. Nasihat dengan perbuatan. Nasihat dengan akhlak.

Gadis tadi telah menitipkan pesanan tanpa kata-kata. Akhlaknya membuatkan gadis di hadapannya turut sama berbuat kebaikan sepertinya. Adakah mengutip sampah satu perbuatan yang hina? Sama sekali tidak. Sampah dan tong sampah andainya diberi anugerah untuk berbicara pasti mahukan keadilan untuk mereka. Jadi, ringankan tangan dan ikhlaskan hati. Sekiranya hati berat untuk melakukan sesuatu, cuba ikhlaskan hati dan niatkan kerana Allah, InsyaAllah hati akan tenang dan senang melakukannya (pesanan seorang sahabat kepada saya)
. Renungkan kalimat ini, 'action speaks louder than words!'

Seuntai kata untuk dirasa : Dakwah Nabi dengan perbuatan lebih banyak berbanding dakwah baginda dengan khutbah dan perkataan.

2 komen:

Anonymous December 11, 2010 at 1:50 AM  

assalamualaikum...
ibrah yg sangat berguna...
smga Allah melembutkan hati kita untk melakukan
kebaikan yang dipandang enteng kebanyakkan
orang...amin.

Zue December 17, 2010 at 9:27 PM  

Waalaikumsalam..
Terima kasih.. Alhamdulillah.. =)

Ya, kadang-kadang perkara yang dianggap remeh itu
sebenarnya mendatangkan pahala. Allah menyediakan
banyak kesempatan buat manusia melakukan kebaikan,
namun pilihan itu di tangan kita sendiri.. =)

Jazakumullah khairan khatiro..

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)