Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Salam Lebaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Bunga raya ni turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada pokok-pokok bunga di sekitarnya ~ Tolong sampaikan ~


Tinggal beberapa ketika sinar Syawal akan menjengah kita. Meninggalkan Ramadhan yang penuh barokah. Moga hati yang terpalit noda ini terbasuh dek kemuliaan Ramadhan. Doakan agar amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan benar-benar diterima Allah. Moga diri benar-benar ikhlas melaksanakannya bukan hanya tuntutan semata.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'AidilFitri Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair, Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een buat sahabat-sahabat blogger, followers yang sudi berlabuh di muara sungai 'Sinar Kehidupan', 'silent readers' dan semua pengunjung teratak 'Sinar Kehidupan' juga buat ibu bapa tercinta, keluarga tersayang, sahabat seperjuangan di SK Permatang Pasir, High School Bukit Mertajam dan warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Kalianlah yang mencorakkan warna-warni suka duka dalam diari kehidupan ini. Kalian yang mengajar erti kehidupan. Kalian jua yang menyinari kehidupan ini.

Di kesempatan ini jua, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Moga kehadiran lebaran yang dinanti ini kita saling memaafkan seikhlasnya sesama insan.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah S.W.T memuliakan bangunan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab, tentu. Rasullullah S.A.W bersabda, "Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu".
(HR Thabrani).
Semoga berlabuhnya tirai Ramadhan dan menyusulnya gema takbir Syawal akan menyucikan jiwa ini. Moga pemergian dan kehadiran kedua-dua tetamu yang mulia ini kita kan memperoleh keredhaan dan keampunan-Nya.

Seuntai kata untuk dirasa : 'Kad Raya Bunga Raya' kat atas tu khas saya titipkan buat semua. Jangan lupa ketibaan Lailatul Jaaizah pada malam 1 Syawal nanti =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)