Dan penyair-penyair itu diikuti orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap-tiap lembah, dan bahawa mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya, kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. (QS 26 : 224-227)
Demikian ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah As-Syu'ara sebagai sebuah peringatan buat para penyair. Bukan mudah bergelar penyair. Bukan mudah menghasilkan sebuah karya sastera. Karya yang bermutu, yang mengesankan buat para pembaca. Karya yang bukan sahaja bertindak sebagai medium yang menghiburkan, tetapi sarat dengan teladan, penuh dengan keindahan dan kecintaan pada Tuhan.
A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.
Para penyair harus sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya. Jadi, kita perlu berhati-hati dan berwaspada dalam setiap penciptaan karya sastera. Semoga setiap karya sastera yang dihasilkan mampu membantu menunjuk jalan, memandu kita meraih kasih dan redha Ilahi. Menulislah kerana Allah.
Seuntai kata untuk dirasa : Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…

0 komen:
Post a Comment