بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.. Cuti semester selama tiga minggu ini adalah waktu yang ditunggu-tunggu setelah berhempas pulas menghadap gelombang peperiksaan. Namun cuti bukanlah suatu alasan untuk bersenang-lenang. Biarpun namanya 'cuti' bukanlah bererti kita perlu merehatkan diri dan 'membalas dendam' pada kesibukan yang dilalui sebelumnya. Apa yang penting kita perlu merancang sesuatu yang bermakna untuk dilakukan pada masa senggang yang amat berharga ini. Mungkin kita tidak sedar hidup ini adalah satu perjuangan atas nama khalifah Allah. Sedarlah wahai diri, perjuangan seorang khalifah tidak akan penah terhenti hingga saat kakinya menginjak pintu syurga. Tiada noktah yang hadir dalam diari hidup sang pejuang. Tiada juga istilah berehat.
Manfaatkan masa yang terluang dengan sesuatu yang 'menambah' kebaikan dalam diri bukan sesuatu yang 'merugikan' dan 'mengurangkan' kebaikan dalam diri sendiri. 'Sesuatu' itu mestilah yang mendatangkan manfaat. Manfaat pada diri, keluarga, agama dan negara. Biarpun hanya membaca akhbar atau hanya sebuah artikel barangkali, sudah dikira sebagai perkara yang bermanfaat.
Mulakanlah setiap sesuatu dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim' dan niatkan kerana Allah s.w.t. Ingatlah setiap yang kita lakukan akan dihitung. Walau sekelumit kuman, walau sekecil zarah. Malaikat sentiasa taat menjalankan perintah-Nya mencatit segala kebaikan dan keburukan yang kita lakukan. Ingatlah wahai diriku..
Sepanjang cuti ini, saya ada merancang beberapa rancangan. Namun, rancangan sedikit tergendala dek aral yang melintang. Namun, suratan takdir Ilahi adalah yang terbaik buat manusia. Allah kan Maha Perancang. Mana mungkin Allah akan membebankan sesuatu yang tak mampu dihadapi oleh hamba-Nya.
Pada waktu cuti ini juga saya akan menjalani latihan memandu dan ujian memandu JPJ. Berdebar rasanya. Buat sesiapa yang turut mengalami keadaan yang sama seperti saya, saya doakan anda berjaya lulus dengan cemerlang. Sedikit panduan boleh dirujuk dalam blog ini 'tips belajar memandu'. Untuk yang dah mengalaminya, kalau tak keberatan, kirimkan nasihat dan panduan kepada saya ya. Moga Allah berikan saya keyakinan yang tinggi dan dipermudahkan segala urusan sepanjang cuti ini. Selamat bercuti!
Seuntai kata untuk dirasa : Doakan saya berjaya dan lulus ujian memandu pada minggu hadapan.. =)

2 komen:
kekadang cuti dibiarkan berlalu tanpa diisi dengan pkr bermanafaat..ttp sbnrnya cutilah masa yg sgt sesuai utk review balik amalan2 sunat kte.puasa sunat.solat sunat..etc..ble dh strt blaja..maka mulalah dibuai dengan kesibukan belajar..amalan2 sunat mula ditinggalkan..maka time cuti merupakan time yg elok utk tingkatkan amal2 sunat..
Betul tu.. Cuti adalah masa lapang yg trbaik utk tingkatkan amal ibadah ke thp maksimum.. Tp bknlh brerti kita x prlu tgktkn amal ibadah pd waktu sibuk bt asignmnt, krja projek atau sbgainya. Seimbangkan hal duniawi dan ukhrawi. Allah sentiasa memberi prtlgn kpd org yg menolong agamaNya..
Post a Comment