Bersandar di suatu sudut surau, Humaira merenung jauh masa depannya. Bagaikan menggalas sebuah harapan besar, dia terduduk menangis sendirian. Khaulah menyedari mad'unya itu kelihatan bersedih sejak tiba di surau tadi. Khaulah menyentuh lembut bahu Humaira...
Khaulah : Mengapa bersedih adikku?
Humaira : Emm... Ayah dan ibu mahu ana jadi seorang doktor.
Khaulah : Jadi, mengapa berduka adikku? Bukankan doktor itu satu pekerjaan yang mulia, yang halal dan direhai-Nya?
Humaira : Ukhti, ana tak mahu jadi doktor. Ana mahu jadi penulis. Seorang penulis. Penulis yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.
Khaulah : SubhanAllah... Sebuah impian yang murni. Ana tak mampu menyusun kata-kata yang terbaik untuk memujuk hatimu. Tapi adikku, dengarkan ini...
- Abu Manshur Al-Tsa'alibi bekerja menjahit kulit kijang, bagaimanapun cita-citanya tinggi sehingga beliau menjadi penyair dunia.
- Al-Farra' bekerja sebagai tukang kulit, bagaimanapun beliau menjadi orang yang pakar dalam bidang nahu.
- Ibn Zayyat pernah menjual minyak, bagaimanapun beliau akhirnya menjadi menteri.
Oleh itu, tidak mustahil hal ini akan terjadi, "Humaira bekerja sebagai doktor, bagaimanapun beliau menjadi penulis terkenal yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah."
Humaira : Syukran ya ukhti...(Mengesat air matanya)
Khaulah : Afwan.. Usah bersedih lagi. Leraikan hiba. Pujuklah hatimu. Adikku ini seorang yang cerdas pemikirannya. Sudah tentu mengerti sekaligus memahami kata-kata sebentar tadi.
Humaira : Alhamdulillah...(terdiam sebentar) Ana sudah menghadam kata-kata ukhti... Ana yakin ana mampu menghadapinya.. Bukankan ukhti sering mengingatkan ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui(Al-Baqarah:216)
Khaulah : Alhamdulillah...(tersenyum) Segala puji bagi Allah yang mengilhamkan ketaqwaan di dalam hati hamba-Nya.. Mari adikku...(memimpin tangan Humaira menuju ke jihat sebuah halaqah di tengah surau)
Seuntai kata untuk dirasa : Allah merupakan perancang yang terbaik untuk hamba-Nya...
0 komen:
Post a Comment