Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Seputar Pesta Buku



Salam'alaik... Alhamdulillah pada 27 Mac lalu, dengan izin Allah dapat juga saya berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Pada mulanya, saya ingin ke sana pada waktu pagi namun ada aral yang melintang jadi saya dan rakan -rakan mengubah perancangan untuk ke sana pada waktu petang. Kami ke sana dengan menaiki teksi. Makin menghampiri PWTC, jalan begitu sesak sekali. Banyak bas sekolah juga bas milik pelbagai IPTA dan IPTS di tepi jalan. Walaupun masa membatasi untuk saya mengunjungi semua booth di pesta buku, banyak juga buku yang saya beli. Alhamdulillah... Semuanya ada diskaun.


Semasa melintasi jambatan untuk ke booth PTS saya dapat melihat satu pemandangan yang indah. SubhanAllah cantiknya! Sungai di tengah-tengah bandar. Arus yang mengalir di celahan batu membuatkan saya terpana sebentar.

Apabila tiba di booth PTS, saya dapati banyak betul bahan bacaan terbitan PTS. Kelihatan juga Muhammad Alexander, penulis buku 'Alexander Adalah Zulkarnain' yang didatangkan khas dari Indonesia. Sememangnya buku-buku PTS berkualiti dan menarik sehingga saya menghabiskan banyak masa di booth PTS untuk memilih buku-buku yang ingin dimiliki.



Semasa melewati bahagian buku motivasi dan buku kerohanian, hati saya tertarik untuk membeli buku 'Magnet Diri' tulisan Amin Idris yang sudah lama ingin saya miliki serta buku yang membuatkan saya jatuh hati pandang pertama tatkala melihatnya iaitu buku 'Hamas Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis' nukilan Ustaz Maszlee Malik. Kekangan kewangan membuatkan saya terpaksa memilih salah satu antara kedua-dua buku ini. Sedihnya... Hati saya berbelah bagi kerana keduanya menarik, pengisiannya juga amat bermanfaat. Alhamdulillah akhirnya, kedua-dua menjadi milik saya juga. Terima kasih kepada roommate yang sudi meminjamkan wangnya. ^_^

Saya sedikit terkilan kerana tak dapat menemui penulis muda berbakat besar, saudara Faisal Tehrani pada hari tersebut. Beliau berada di Pesta Buku pada hari itu untuk pelancaran buku puisinya 'Ingin jadi Nasrallah'. 'Ingin Jadi Nasrallah' juga tidak dapat saya beli oleh sebab alasan yang sama, tak cukup duit. Namun begitu setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada rahsianya. Saya pulang dengan hati yang gembira dan tak sabar-sabar untuk mengulit buku-buku yang saya beli terutamanya novel-novel karya Faisal Tehrani. =)

Seuntai kata untuk dirasa : Baby pun nak baca buku! =D

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)