Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Muhasabah Cinta

Assalamu'alaikum...

ya akhi wa ukhti fillah...

Apa khabar iman wahai saudaraku sekalian? Moga sentiasa 'mantop' hendaknya.. =) Di sini, saya ingin kongsikan sebuah video yang sangat menyentuh hati.. Nasyid yang dialunkan sungguh indah liriknya.. Nasyid bertajuk Muhasabah Cinta ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia iaitu Edcoustic.. Apa kata antum tonton dahulu video ini.. =)



Muhasabah Cinta - EdCoustic


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu


Suka ingin saya maklumkan saya telah jatuh hati dengan lagu ini. Saya letakkan lagu ini sebagai nasyid pilihan yang pertama.. Layar Keinsafan telah jatuh ke tempat kedua nampaknya.. Namun, saya takkan akan lupakan lagu 'favourite' saya ini.. =)

Lagu Muhasabah Cinta ini telah dicipta sendiri oleh Edcoustic.. Banyak lagu-lagu Edcoustic yang menyentuh hati dan mengingatkan kita pada Allah.. Hati saya amat tersentuh tatkala bait-bait ini dialunkan..

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Terasa kehadiran 'sesuatu' dalam hati ini..
Teringat segala kekhilafan yang menodai hati..
Mungkin antum juga dapat merasakannya..
Masih belum terlewat untuk muhasabah diri jika tersesat mencari jalan pulang..
InsyaAllah hati yang keras akan menjadi lembut dengan menghayati lagu ini..
Marilah kita Muhasabah kembali seberapa besar CINTA kita kepada ALLAH....

Selamat bermuhasabah!!

Seuntai kata untuk dirasa : Doakan saya ya.. Saya masih membina kekuatan mencari jalan pulang... Ya Allah berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menempuh segala ujianMu..

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)