Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Puisi : Resah

بسم الله الرحمن الرحيم


Resah


Resah yang menyapa

menular duka nestapa

membuai hati yang leka

dalam rasa jiwa gelita.


Resah menyelubungi jiwa suci

dirobek keganasan duniawi

tak pernah henti menyalakan api

menghalang laluan pada Ilahi
.

Resah tanpa malu bertandang

meronta menyelubungi segenap hati

pembawa khabar nyata pada diri
gelisah mengungkap kebatilan.


Kembali pada yang Ilahi

mengusir kebatilan menguasai diri

mencari ketenangan abadi

dalam sendu tangisan syurgawi.


Zue
IPG Kampus Bahasa Melayu


Seuntai kata untuk dirasa : Ketenangan membawa kebenaran. Kegelisahan menyuluh kebatilan.





6 komen:

tehr June 29, 2010 at 11:07 AM  

salam
selalu je resah muncul bila gagal membuat keputusan
...kekadang berhari-hari

adnan July 9, 2010 at 12:23 AM  

salam saudara, puisi ini penuh hikmah, apa boleh saya copy ?

Zue July 16, 2010 at 8:58 AM  

waalaikumsalam tehr..
Kita ada hak untuk rasa takut dalam membuat keputusan. Kita ada hak untuk merasa resah dalam memilih pilihan yang mana sesuai dengan kehendak kita. Namun, konflik yang dihadapi tidak boleh dibiarkan berpanjangan dan harus diselesaikan segera. Ingatlah tiada siapa yang tahu kita sedang berkonflik kecuali diri kita sendiri. Selamat menghadapi mehnah ujian dengan penuh kesabaran! =)

Zue July 16, 2010 at 9:01 AM  

waalaikumsalam adnan
Alhamdulillah.. sudah tentu boleh.. silakan..

Susy February 24, 2011 at 8:28 AM  

Salam ukhuwah...

Salsabila mata air surgawi
ukhti ijin copas

Wassalam

Zue February 26, 2011 at 10:29 AM  

SAlam ukhuwah..

Benar, Salsabila sungai yang mengalir dalam syurga.
Silakan ukhti susy.. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)