Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Mutaba'ah Amal

بسم الله الرحمن الرحيم

Mutaba'ah amal merupakan amalan catatan harian. Melalui catatan ini kita boleh melakukan penilaian harian terhadap hal-hal ibadah berdasarkan target yang telah dibuat. Mutaba'ah sangat penting untuk dilaksanakan oleh seorang muslim sebagai bentuk muhasabah agar diri tetap terpelihara dalam keimanan kepada Al-Khaliq, Allah swt.

Jadual mutaba'ah amal

Mudah-mudahan amal ibadah kita semakin bertambah pada setiap hari. Sekiranya setelah bertahun-tahun melaksanakan mutaba'ah amal tetapi amalan kita masih di takuk sama, mungkin ada perkara yang perlu disemak dan dinilai segera. Apa yang membuatkan kita sebegitu? Adakah kemalasan yang menguasai diri atau terdapat masalah lain? Jika kemalasan menguasai diri satu tips yang Ustaz Azhar Idrus berikan adalah:

"Penyakit biasa tu ramai yang kena termasuk ambe.. lawan sahaja.. malas ni tak macam harimau.. tak ada kuku.. bila rasa malas nak ambil wuduk, terus bangun ambil wuduk"

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Saya mengakui bukannya mudah untuk melaksanakan amalan-amalan yang dinyatakan dalam jadual malah lebih sukar lagi untuk melengkapkan semuanya. Saya sendiri belum pernah berjaya melengkapkan semuanya. Namun, tidak mustahil sekiranya kita berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah, bermula dengan paksaan ke atas diri sendiri lama-kelamaan akan menjadi sebuah kebiasaan. InsyaAllah keikhlasan akan menyusul dan kemanisan akan terasa.

Walaupun bermula dengan 1 tanda atau 2 tanda pada amalan dalam jadual mutaba'ah pada hari ini, tidak mengapa. Permulaan yang sedikit bukanlah satu kesalahan, asalkan kita istiqamah menjaganya. Apabila sudah konsisten, kita boleh tambahkan amalan yang lain di samping menjaga kualitinya. Dato' Dr Haji Mohamad Fadzilah Kamsah menyatakan sesuatu perkara yang dilakukan secara berterusan dengan konsisten selama 40 hari akan menjadi satu tabiat. InsyaAllah.

Jangan lupa tetapkan target pada setiap minggu. Setelah selesai seminggu bandingkan jumlah yang diperoleh dengan target yang telah ditetapkan. Adakah target tercapai atau sebaliknya? Sekiranya tidak, cuba tingkatkan usaha. Sekiranya ya, tingkatkan kualiti dan kuatiti amalan juga targetnya.

Terima kasih kepada Ukhti Hafiza kerana sudi berkongsi jadual mutaba'ah amal ini(seperti dalam gambar di atas). Jazakillahu khayran khateera ya ukhti. Saya telah tukarkannya dalam bentuk soft copy. Oleh itu, sahabat-sahabat bolehlah muat turun jadual ini dan boleh juga diedit sendiri misalnya untuk menambah senarai amalan yang tidak dinyatakan dan sebagainya. Mohon sahabat-sahabat betulkan kesalahan dan kesilapan saya ya. Mudah-mudahan Allah mengirimkan kekuatan dan ketabahan supaya kita sentiasa istiqamah berada di jalan-Nya. Aamiin. 

Muat turun Mutabaah Amal 


Mutabaah Amal Edisi Kemas Kini(Sila klik untuk besarkan saiz gambar)

Seuntai kata untuk dirasa : Keseluruhan entri ini peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya.=)

Maal Hijrah 1433

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Maal Hijrah 1433


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah: 218)

Seuntai kata untuk dirasa : Tanyalah diri kita apa erti hijrah yang sebenarnya. =)

Kemanisan sebuah pengorbanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bunga ini seringkali diganggu ayam dan kucing saya tetapi tidak
pernah serik untuk menjalankan tugasnya menghiasi halaman rumah.


Hanya hati yang benar-benar ikhlas berkorban akan merasai kemanisan sebuah pengorbanan.

Seuntai kata untuk dirasa : Pengorbanan mengajar kita untuk tabah menempuhi kehidupan.

Emosi

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma kitalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita daripada dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah daripada sudut yang positif. Ingatlah setiap perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah sekiranya kita bersabar. Dengan cara ini kita mampu membenteng emosi kita.
Emosi mampu menggugat diri andainya tidak dikawal rapi. Jangan biarkan diri kita dikawal emosi, biarlah kita yang mengawal emosi!(✿◠‿◠)

Seuntai kata untuk dirasa :
Bukan mudah mengawal emosi sendiri. Biarlah iman yang memandu kita. Mudah-mudahan kita tidak tersasar di jalan-Nya. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Pilihan (◠‿◠✿)

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)