ADA orang berbangga dengan kedudukan dan pangkatnya. Ada juga yang sombong dengan kekayaan, rumah besar dan kereta mewah. Mereka seolah-olah lupa bersyukur bahawa semua harta dan pangkat diperoleh adalah atas kehendak Allah.
Sehubungan itu, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa merendah diri dan tidak berlagak sombong seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, kerana engkau tidak mungkin dapat menebus bumi dan tidak mungkin menjangkau gunung dari segi ketinggian." - (Al-Isra' : 37).
Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya: "Dan Allah SWT tidak suka orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Al-Hadid : 23).
Orang yang berbudi mulia dan tidak keras hati akan sentiasa memberi pertimbangan kepada keupayaan dan kebolehan orang lain dalam menjalankan kerja mereka. Ia banyak memberi maaf kepada kesalahan orang lain, tetapi sentiasa tegas dalam menjalankan kewajipan.
Hati yang lembut dan bertimbang rasa, tidak bermakna ia lemah dan lalai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, terutama tanggungjawabnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Tabiat yang dimilikinya itu sentiasa diletakkan pada tempatnya dan ketegasannya juga disampaikan dalam keadaan yang tenang dan beradab sehingga ia dihormati dan disegani.
Lantaran hatinya yang lembut dan bertimbang rasa, ia suka bermusyawarah dan meminta pandangan orang yang sesuai dalam membuat sesuatu keputusan atau bagi mengambil tindakan yang besar.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Jika kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka lari daripada kamu. Maka berilah kemaafan kepada mereka dan mohonlah kemaafan Allah untuk mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan hidup mereka. Dan apabila ditentukan keazaman, maka berserahlah kepada Allah."- (Ali Imran: 159).
Orang yang berbudi mulia akan sentiasa bercakap perkara yang baik mengenai orang lain dan tidak mendedahkan keburukan mereka. Bagaimanapun, ia tidak lupa untuk memberi nasihat secara langsung kepada teman dan sahabatnya yang melakukan kesalahan dan kesilapan.
Kelakuan orang lain dijadikan cermin untuk menyuluh dirinya. Sahabatnya dijadikan ukuran untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Jika ada kelebihan pada dirinya, ia akan bersyukur dan sebaliknya jika terdapat kekurangan, ia cuba memperbaiki kelemahannya itu.
Sebagai contoh, menceritakan keburukan orang lain (mengumpat) adalah budi pekerti yang jahat dan buruk yang boleh menyebabkan pergaduhan dan menghilangkan rasa hormat antara sesama masyarakat.
Apabila hilang rasa saling hormat menghormati maka mudahlah berlaku ketegangan dalam masyarakat sekalipun disebabkan oleh faktor yang remeh-temeh. Oleh sebab itulah Allah mengharamkan mengumpat. Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu mengumpat antara satu dengan yang lain. Adakah antara kamu ada yang suka memakan daging mayat saudaranya, lalu ia membencinya." – (Al-Hujurat: 12).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Muttafaq `Alaih)
Seuntai kata untuk dirasa : Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Hati Lembut Bukan Bermakna Lemah
Labels: tazkirah
Bahaya takbur
Sabda Rasulullah s.a.w
DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).
Pengertian
Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti
Kesimpulan
Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.
Seuntai kata untuk dirasa : Jauhi 7 penyakit hati -ujub-ghurur-takabbur-riya'-buruk sangka-bakhil-dendam
Labels: tazkirah
Sepuluh Wasiat Dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna
SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
6.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
Seuntai kata untuk dirasa : teman saya pesan "BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH" =)
Labels: tazkirah
3 tanda
WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAIDINA ALI R.A
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“ Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk
pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. “
Wallahualam bissawaab..Wassalam
Seuntai kata untuk dirasa : Kata2 terakhir begitu trkesan di hati.. smoga kita sntiasa diberikan hidayah oleh-Nya.. =)
Labels: tazkirah


