Bicara
Zue
at
Monday, March 12, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada titisan air mata kita belajar mengerti.Daripada rasa khuatir kita belajar mempercayai.Daripada rasa kehilangan kita belajar menghargai.Daripada rasa bersalah kita belajar memaafkan.Daripada sebuah harapan kita belajar berjuang.Daripada sebuah perjuangan kita belajar berkorban.Daripada sebuah pengorbanan kita belajar erti ketulusan.
Seuntai kata untuk dirasa : Allah mendidik kita dengan kedukaan kerana Dia mahu menghadiahkan kita kebahagiaan.
Bicara
Zue
at
Friday, February 24, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم

Ketegasanku memerlukan bibir ku untuk diam
walau dikata diam itu tanda redha
namun diam ku kerana menghormatimu.
Seuntai kata untuk dirasa : Silence.
Bicara
Zue
at
بسم الله الرحمن الرحيم
Thank you Allah for giving me difficulties to make me strong. Saat duka bertamu dalam hati, saya akan memandang biru langit. Mendongak lantas berbicara dengannya umpama ia sahabat yang setia. Ya, sememangnya langit sahabat yang setia menemani sepanjang perjalanan yang berliku ini. Berbicara dengannya mampu mengusir gundah yang mula mekar dalam hati. Melihat ketenangannya mampu mendamaikan sukma yang merusuh berhari-hari. Menangis dengannya membuatkan diri semakin tabah meniti arus hidup ini.
Mungkin kamu juga boleh merasakannya.
Cubalah.
Bagaimana? =)
Seuntai kata untuk dirasa: Saudara kita di Syria lebih memahami erti kesedihan yang sebenar. Ketahuilah dugaan yang menimpa mereka. Fahamilah. Mengertilah supaya kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.
Bicara
Zue
at
Friday, February 3, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
Sahabat-sahabat,Walau segelap mana pun malam,kita tetap akan menemukan cahaya,andai kita berusaha mencarinya sepenuh hati.Seuntai kata untuk dirasa : Sedang mendengar lagu Cahaya Hati nyanyian Opick..