Majalah Solusi kini menjadi satu kewajiban untuk saya miliki setiap bulan. Bahagian pertama yang akan saya baca tentunya bahagian yang tertera artikel nukilan Kak Ha. Nak tahu mengapa? Anda harus memiliki Majalah Solusi dahulu. Jangan marah ya...^_^
Novel Seindah Mawar Berduri ini telah mendapat tempat ketiga Sayembara Mengarang Novel Remaja Sempena Sambutan Jubli Emas DBP 2006. Kalau nak baca sinopsis novel ini dan dapatkan daripada DBP, sila klik sini ataupun boleh baca dalam bentuk fail PDF(download). Pada pendapat saya, membaca novel yang sebenar lebih memberi kepuasan dan penghayatan berbanding membaca dalam bentuk PDF (pendapat saya sahaja). Buat rakan-rakan di sekitar KL yang ingin membeli buku ini, mungkin boleh dapatkannya di Pustaka Mukmin, Jalan TAR(saya pernah nampak novel ni kat sini). Dah baca Seindah Mawar Berduri boleh la teruskan baca novel kat bawah ni pula- Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih.
Tautan Hati
Syabab Musafir Kasih
Selain itu, buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ini menjadi salah satu buku yang amat saya sayangi. IKuti kisah Qaniah dari zaman persekolahan sehinggalah wanita muslimah ini bergelar seorang isteri.
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
Saya fikir anda tentu akan terkesan dengan tulisan Kak Ha yang bisa menyentuh kalbu para pembaca. Anda tentu tidak akan rasa rugi memiliki karya-karyanya. Selamat membaca!
Seuntai kata untuk dirasa :Tolong promosi hasil karya Kak Ha.. ^_^
Syukur Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana sudi memilih diri ini, hati ini untuk menghadiri program 'Di Saat Adam Bertemu Hawa' bertempat di Surau At-Taqwa IPG KBM. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat penganjur kerana melaksanakan program ini dengan jayanya. Hasrat untuk menghadiri program ini hampir tidak kesampaian kiranya saya pulang ke kampung oleh sebab hal tertentu. Alhamdulillah semuanya diatur dengan baik oleh-Nya. Bukankah Allah Maha Perancang?
Sungguh saya terpegun saat Kak Ha memulakan bicara pada pagi itu. Kelembutan dan kesopanan seorang muslimah terserlah. Wajahnya tenang menyampai pesan. Bicaranya sentiasa mengingatkan diri pada Allah. Kak Ha mulakan mukadimmah dengan mengingatkan para peserta untuk meluruskan niat dan muliakan diri dengan ikhlas. Seterusnya, Kak Ha menerangkan Islam tidak pernah memadam cinta, tetapi Islam mengajar kita salurkan cinta ke jalan yang diredhai Allah. Renungkan mutiara pemberian Kak Ha ini :
Kata ulama, " kaum wanita ibarat madrasah, apabila kamu mempersiapkannya, kamu akan mempersiapkan generasi masa hadapan."
Subhanallah... Tingginya martabat wanita di sisi Islam. Wanitalah guru pertama kepada dunia. Ibulah guru pertama kepada setiap bayi yang lahir di dunia ini. Berikut adalah kupasan tajuk yang dibicarakan :
- Definisi tajuk -
- Tiga tingkat cinta dalam Islam - - Sejarah cinta - - Bila fitrah bertukar menjadi fitnah - - Cinta dusta - - Trend 'Taqrabuzzina - - Indahnya cinta dalam Islam - - Tips usaha mencari jodoh -
Slot seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah... Semuanya dapat dijawab dengan baik oleh Kak Ha. Pendekatan yang digunakan oleh Kak Ha membuatkan banyak hati yang tersentuh. Kak Ha menggunakan tutur bicara yang penuh hikmah dalam menyentuh sebuah hati.
Seterusnya, para peserta menyerbu Kak Ha semasa slot autograf dan sesi fotografi untuk mendapatkan tandatangan dan mengambil gambar. Saya juga antaranya. =D Namun, Kak Ha tetap tenang malah makin melebar senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Moga dipinjamkan ketenangan itu ya Kak Ha.
Jazakillah ya Kak Ha ^_^
Setelah meminta tandatangan Kak Ha, saya sempat bertanya tips menulis novel memandangkan subjek Penulisan Kreatif(PSE3102) yang diambil pada semester ini menuntut para pelajar menghasilkan 3 karya sajak, 3 buah cerpen dan sebuah novel. Kak Ha hanya tersenyum lantas mengungkap... "Subhanallah bagusnya... Baca bismillah dan terus taip..." Kak Ha turut mengakui kurangnya karya berunsur islami pada masa kini. Tambah Kak Ha lagi, sekiranya hendak menghantar minuskrip boleh bagi pada Kak Ha, nanti Kak Ha usulkan kepada Telaga Biru. Kemudian, saya bertanya lagi Kak Ha menulis pada waktu bila? Kak Ha menjawab, "Bila ada idea.. akak terus menulis." Begitu juga kata Encik Fauzi Abdullah, pensyarah saya, "Saya menulis bila "hantu" datang."
Sedihnya tak dapat bertemu dan mencubit pipi si comel Al-Haura' Maqsurah. Namun, Allah telah memberi kesempatan untuk bertemu bondanya. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan diri ini dengan seorang srikandi solehah yang tegar memperjuangkan syiar Islam. Moga Kak Ha terus unggul memperjuangkan kalimah Allah di bumi ini. Terima kasih buat Kak Ha kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga. Semoga dapat menatap lagi senyuman manis Kak Ha pada masa akan datang. Jumpa lagi!! ^_^
Seuntai kata untuk dirasa : Tertarik dengan mutiara kata yang terdapat dalam buku yang disebutkan oleh Kak Ha, 'Cinta dan Rindu dalam Islam' karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Sekiranya ada yang berminat, mungkin boleh dapatkan di MPH Mid Valley atau kedai buku berdekatan.
Makna doa (terima kasih untuk terjemahan ini saudara Michel) :
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala
puji bagi Allah dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmatNya dan
sejajar dengan anugerah tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala
pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat sekalian.
Ya
Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah
mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa
kecil. Dan seluruh muslimin dan muslimah dan mukminin dan mukminah
samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Dengan rahmatMu yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, aku memohon
daripadaMu keredhaanMu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada
kemurkaanMu dan daripada azab api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya
aku mohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, kesihatan jasmani,
bertambah ilmu, rezeki yang barakah, diterima taubat sebelum mati,
mendapat rahmat ketika mati dan mendapat ampunan setelah mati. Ya Allah,
mudahkanlah kami pada waktu sakkaratul maut dan selamatlah kami dari
api neraka serta kami mohon pengampunan ketika di hisab.
Ya Allah
sejahterakanlah diri kami, selamatkan iman kami, selamatkan tauhid
kami, selamatkan pengetahuan kami, selamatkan roh kami, selamatkan
jasad kami, selamatkan rezeki kami dan selamatkanlah persaudaraan kami
termasuk muslimin dan muslimah dan mukminin dan mukminah samada yang
masih hidup ataupun yang telah mati. Dengan rahmatMu yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, dan
matikanlah kami dalam iman, dan bangkitkan kami dalam iman dan
masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Dengan rahmatMu yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan sekiranya Engkau tidak
mengampuni dan tidak mengasihani kami, maka kami adalah golongan
orang-orang yang rugi.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan
hati kami cenderung kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat Mu, sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Pemberi.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab siksa neraka.
Ya
Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad dan kepada keluarganya serta para
sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam.
Seuntai kata untuk dirasa : Jazakillah Ukhti Syafikah kerana sudi menulis sendiri doa ini buat sahabat-sahabat dan adik-adik. Moga usahamu diberkati dan dirahmati Allah. Aasif jiddan sebab tak ada terjemahan. Mohon sesiapa yang ada terjemahan doa selepas solat ini emailkan kepada saya.
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)
Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.
Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)