Aku ingin meniti jaluran pelangi agar aku bisa menikmati ketenanganmu beralaskan gumpalan putih suci berteman senyum sang mentari serta desir angin membuai hati.
Zue IPG Kampus Bahasa Melayu
Seuntai kata untuk dirasa : Aku ingin terbang menyusuri hamparan biru.
Bicara
Zue
at
Wednesday, August 11, 2010
komen (0)
بسم الله الرحمن الرحيم
Ramadhan tiba lagi.. Dia sujud mengungkap syukur pada Penciptanya Hatinya diserbu seribu satu gelora rasa Syahdu, terharu, ria, bahagia. Tangan ditadah melangit harapan Moga purnama indah ini bisa menambah paksi iman dan taqwa nubarinya.
Seuntai kata untuk dirasa : Harus ada anjakan paradigma untuk Ramadhan ini.. =)
Kulihat garis-garis retak pada benteng pertahanan Mengapa ini bisa terjadi? Sedangkan kau mengalirkan sejuta keringat Memateri bata pejal lagi teguh.
Kulihat kau biarkan musuh merapati Melewati kubu anjal yang kurasakan kukuh Namun kau biarkan mereka membedil benteng pertahanan Meranapkan tegap dirian benteng harapan Membibitkan sebuah ketewasan yang kau sendiri lahirkan.
Seuntai kata untuk dirasa : Mengapa ini bisa terjadi?
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)
Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.
Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)