Bicara
Zue
at
Saturday, November 26, 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Maal Hijrah 1433
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah: 218)
Seuntai kata untuk dirasa : Tanyalah diri kita apa erti hijrah yang sebenarnya. =)
Bicara
Zue
at
Thursday, November 10, 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
Bunga ini seringkali diganggu ayam dan kucing saya tetapi tidak
pernah serik untuk menjalankan tugasnya menghiasi halaman rumah.
Hanya hati yang benar-benar ikhlas berkorban akan merasai kemanisan sebuah pengorbanan.
Seuntai kata untuk dirasa : Pengorbanan mengajar kita untuk tabah menempuhi kehidupan.
Bicara
Zue
at
Wednesday, November 9, 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma kitalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita daripada dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah daripada sudut yang positif. Ingatlah setiap perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah sekiranya kita bersabar. Dengan cara ini kita mampu membenteng emosi kita. Emosi mampu menggugat diri andainya tidak dikawal rapi. Jangan biarkan diri kita dikawal emosi, biarlah kita yang mengawal emosi!(✿◠‿◠)
Seuntai kata untuk dirasa : Bukan mudah mengawal emosi sendiri. Biarlah iman yang memandu kita. Mudah-mudahan kita tidak tersasar di jalan-Nya. =)