بسم الله الرحمن الرحيم
Aku suka sekali mengambil gambar alam. Bunga, tumbuh-tumbuhan, laut dan bukit-bukau ciptaan Allah yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang gundah menjadi tenang. Indahnya alam membuatkan kita kembali mengingati siapa Penciptanya. Hal ini membuatkan aku mempunyai impian untuk menjadi backpackers.
Aku ingin menjelajah ke seluruh pelusuk dunia, menikmati keindahan alam, mengenal budaya orang dan menimba pengalaman di tempat orang. Itulah perkara yang dipesan oleh pensyarah aku, Profesor Emeritus Dr Abdul Hamid Mahmood. Beliau berpesan kepada aku dan kawan-kawan agar merantau ke negara orang dan menimba pengalaman baharu.
Gambar-gambar bunga ini aku rakamkan di Botanical Gardens. Tempatnya hijau dan menyamankan. Aku suka sekali tempat sebegitu. Tak sempat nak edit cantik-cantik. Aku muat naik terus saja. Jadi, no filters ya. =P

Seuntai kata untuk dirasa: Dulu benci bunga, sekarang suka pulak. =)
0 komen:
Post a Comment