Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Bunga

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tidak mahu menjadi bunga yang layu di kelopaknya. 

Seuntai kata untuk dirasa: Wardah. Cantik.

Monolog diri

بسم الله الرحمن الرحيم 

Kadangkala Allah hadirkan rasa bersalah andai kamu melengah-lengahkan solat. Bersyukurlah dengan perasaan itu kerana Allah sayangkan kamu. Allah tidak melalaikan kamu. Sahutlah perasaan itu dengan sentiasa solat di awal waktu. Tanamkan azam dalam diri, "Saya akan  sentiasa memperbaik solat saya, setiap hari, hari demi hari."-Monolog diri

Seuntai kata untuk dirasa : Tolong ingatkan daku, "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamiin, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam." =)

Hati-hati berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم

Hati-hati berbicara, bimbang ada hati yang terluka. 

Mengapa saya berkata demikian?

Hati manusia ini berbeza-beza. Kadang-kadang mudah terguris, kadang-kadang mudah menerima, kadang-kadang baik-baik sahaja.

Renungkan kisah ini. Seorang muslimah, A baru sahaja berjinak-jinak memakai sarung kaki. Alhamdulillah, syukur Allah berikan hidayah dan ilhamkan padanya untuk berbuat demikian. Selepas dua tiga hari, sahabatnya B amat gembira dengan perubahan tersebut.

B : Wah, baru perasan, daaaahhhhh pakai stokin(sarung kaki)!!!!!

A : Tersenyum.(wajahnya keruh)

Tidak lama kemudian, kelihatan A tidak lagi memakai sarung kaki. Sedihnya. Dia terkilan dengan kata-kata sahabatnya sedangkan B hanya meluahkan kegembiraan atas perubahan sahabatnya. B tidak berniat pun menyindir A tetapi A menerima kata-kata tersebut sebagai satu sindiran dan menjatuhkan maruahnya. B mungkin tidak tahu sahabatnya itu terluka dengan kata-katanya. Kasihan B, tidak sengaja. Kasihan kepada A juga, terlalu mengambil hati dengan hal tersebut. Ya, bukankah hati manusia ini berbeza seperti kata saya sebentar tadi?

Oleh itu, B perlu lebih berhati-hati meluahkan kata. Mungkin B terlalu gembira sehingga terlupa memikirkan respons A terhadap kata-katanya. Andai anda menjadi B apakah sepatutnya yang anda lakukan?

Saya kira banyak pilihan yang sesuai :
  1. Diam (melahirkan rasa kesyukuran dengan mendoakannya istiqamah terhadap perubahan yang dilakukan)
  2. Alhamdulillah! Saya gembira dengan perubahan yang awak lakukan.
  3. Awak nampak cantik berpakaian seperti ini. Teruskan ya!
  4. .............................................
  5. .............................................

(Boleh cuba fikirkan pilihan-pilihan yang sesuai sama ada secara verbal atau non-verbal.)

Apapun pilihannya, andai anda dalam situasi begini cuba fikir dahulu sebelum bertindak. Ambil masa untuk merangka butir bicara. Jangan sampai terlajak kata. Renung-renungkan dan selamat beramal! =D

Seuntai kata unsur dirasa : Cuba jaga hati sahabat sebaik mungkin ya. =)

Alone

بسم الله الرحمن الرحيم
Being alone doesn't mean you're lonely.
Allah is always with you! 

Seuntai kata untuk dirasa : Always remember Allah. When the things are down and you are out of your mind. Remember just remember Allah is The Kind.

Aidilfitri

  بسم الله الرحمن الرحيم 
 
Dah lama teratak ini tidak dikemas kini. Alhamdulillah masih dalam bulan Syawal. Tak salah kan kalau saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan segala kesalahan dan kesilapan saya sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang menang dan kembali kepada fitrah.
 
Taqabbalallahu minna wa minkum” 
(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian).
 
Rindu ketupat palas mak saya =)

Selepas Ramadhan meninggalkan kita, ramai yang keliru sama ada mahu berpuasa sunat Syawal atau qada puasa dahulu. Saya tinggalkan artikel daripada Ustaz Zaharuddin dan coretan Kak Ha (Ustazah Fatimah Syarha) mengenai hal ini kepada anda. Mudah-mudahan  saya dan anda manfaatkannya. 

Terkenang zaman kampus. Seorang pelajar bertanyakan Dr. Akram Laldin tentang boleh atau tidak menggabungkan puasa qadha' dan puasa 6. Jawab ustaz dengan jawapan yang bagi saya mudah difahami (versi terjemahan): "Tak kan dengan Allahpun nak berkira. Kalau boleh kita nak puasa sebanyak mungkin. Buat qadha' dulu. Lepas tu buat puasa 6. Jika tak sempat (sempat qadha' saja), berdoalah moga Allah bagi pahala puasa 6 sekali." 
~Ustazah Fatimah Syarha~


Seuntai kata untuk dirasa : Masih banyak tugas yang belum disempurnakan. Mohon doakan segala urusan saya Allah permudahkan.. Terima kasih. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)