Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Sungai Congkak

   بسم الله الرحمن الرحيم

Saya sudah lama tidak menikmati pemandangan air terjun dan sungai. Alhamdulillah, bulan lepas dapat berkelah di Sungai Congkak. Cantik sangat pemandangan di Sungai Congkak. Apabila terdengar bunyi arus sungai, terasa tenang sekali. Seolah-olah dinginnya mengalir dalam hati membuatkan saya terlupa sebentar segala beban yang menggalas bahu. Aliran air yang mengalir di celah-celahan batu menghasilkan melodi yang cukup indah. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Melodi inilah yang banyak memberi inspirasi kepada insan-insan yang mencintai alam. Dengan izin Allah, cinta mereka kepada alam membuahkan ilham yang mampu membimbing masyarakat ke arah kebaikan melalui ciptaan, karya dan pemikiran mereka.

  
Kata orang, alam banyak mengajar manusia erti kehidupan. Kata guru saya juga begitu. Beliau turut meminta anak-anak didiknya mengingati pantun enam kerat ini dan jadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Seuntai kata untuk dirasa : Mari belajar daripada alam yang sentiasa mengalunkan zikrullah, mengingati Pencipta-Nya pada setiap masa. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang