Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Greatest love

بسم الله الرحمن الرحيم

credit to google images

 Learning to love yourself, it is the greatest love of all.
-Micheal Masser and Linda Creed

Seuntai kata untuk dirasa : With all the things we grow to love,  we will never understand the meaning of true love until our hearts experience divine love – the greatest love of all: Love of Allah.

Gambar kanak-kanak perempuan

بسم الله الرحمن الرحيم


Pada suatu hari, keluarga kawan baik bapa Masyitah datang melawat Masyitah sekeluarga di rumah. Selepas menghidangkan air, Masyitah terlihat anak lelaki kawan baik bapanya yang berusia lebih kurang sebaya dengannya sedang melihat album keluarga. Masyitah khuatir jika gambarnya semasa kecil yang tidak bertudung itu dilihat oleh anak lelaki kawan baik ayahnya itu.

Dalam situasi ini, apakah hukumnya seorang lelaki bukan mahram melihat gambar seorang wanita semasa masih kecil?

Menurut Ustaz Azhar Idrus, tidak haram gambar kanak-kanak perempuan yang masih kecil dilihat. 

Hal ini demikian kerana pada masa kecil aurat belum wajib ditutup dan tidak mendatangkan syahwat. 

Menurut ustaz lagi, tidak mengapa jika gambar kanak-kanak perempuan tersebut usianya lebih kurang tujuh tahun ke bawah.

Masyitah berasa lega setelah perkara tersebut dimaklumkan oleh umminya. Umminya hanya tersenyum setelah menerangkan perkara tersebut kepada Masyitah yang nyata amat malu andai gambarnya dilihat orang.

Selepas itu, Masyitah menanam tekad di hati kecilnya untuk mempelajari ilmu fiqh wanita dengan lebih mendalam sebagai persediaan untuk mendidik puterinya pada masa hadapan.


Seuntai kata untuk dirasa : Kanak-kanak memang comel sangat. Suci.

Sungai Congkak

   بسم الله الرحمن الرحيم

Saya sudah lama tidak menikmati pemandangan air terjun dan sungai. Alhamdulillah, bulan lepas dapat berkelah di Sungai Congkak. Cantik sangat pemandangan di Sungai Congkak. Apabila terdengar bunyi arus sungai, terasa tenang sekali. Seolah-olah dinginnya mengalir dalam hati membuatkan saya terlupa sebentar segala beban yang menggalas bahu. Aliran air yang mengalir di celah-celahan batu menghasilkan melodi yang cukup indah. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Melodi inilah yang banyak memberi inspirasi kepada insan-insan yang mencintai alam. Dengan izin Allah, cinta mereka kepada alam membuahkan ilham yang mampu membimbing masyarakat ke arah kebaikan melalui ciptaan, karya dan pemikiran mereka.

  
Kata orang, alam banyak mengajar manusia erti kehidupan. Kata guru saya juga begitu. Beliau turut meminta anak-anak didiknya mengingati pantun enam kerat ini dan jadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Seuntai kata untuk dirasa : Mari belajar daripada alam yang sentiasa mengalunkan zikrullah, mengingati Pencipta-Nya pada setiap masa. =)

Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata orang, hidup ini bagaikan roda. Ada waktu naik dan ada waktu turunnya. Begitu juga dengan manusia. Begitu juga dengan iman. Pokoknya, kitalah yang mengawalnya, kitalah yang menanganinya, kitalah yang akan menghadapi situasinya sama ada dengan menggunakan akal atau emosi, rasional atau nafsu. Kita mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diri. Adakalanya sesuatu yang difikirkan buruk untuk kita boleh jadi yang terbaik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Apa yang difikirkan baik untuk diri boleh jadi bukan yang terbaik untuk kita. Kita berhak menentukannya. Ambillah masa. Renungkan. Fikirkan. Hadapi semua dugaan yang mendatang dengan tenang dan berusaha dengan penuh kesabaran dan keikhlasan supaya kita akan tersenyum pada kemudian hari. =)

Seuntai kata untuk dirasa : Kadang-kadang kita terlupa betapa berharganya diri kita. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri kerana dirimu begitu berharga.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)