Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Kunjungan kali kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Hikmah pada penghulu segala hari

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menjejakkan kaki buat kali kedua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Suasananya jauh berbeza sekali berbanding pada kali pertama kunjungan saya ke PBAKL 2012. Sungguh tenang dan mendamaikan. Laluan tidak lagi sepadat Ahad lalu. Tanpa perlu bersesak-sesak, saya dapat mengunjungi lebih banyak booth berbanding kali pertama kunjungan dahulu. Sepanjang kunjungan kali kedua ini, saya dapat bertemu dengan penulis-penulis seperti Ramlee Awang Murshid, Ustaz Riduan Mohamad Nor, Ustaz Zahazan, Dr. Faisal Tehrani, Pyanhabib dan Chef Hanieliza. Semuanya hebat dalam kerjaya dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Tentu mereka punya seribu satu rahsia dan kisah yang menarik di sebalik kejayaan dalam hidup mereka. Mudah-mudahan saya dan anda turut terinspirasi dengan perjuangan dan kejayaan mereka. Kita sama-sama saling mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat ya. Insya-Allah.

Wawancara Sofa Putih di ITNM

Saya sempat mengikuti sesi Wawancara Sofa Putih bersama Dr. Faisal Tehrani di booth Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Topik yang dibincangkan ialah 'Perempuan Nan Bercinta~Faisal Tehrani Terus Kontroversi…'. Sayed Munawar yang mengendalikan sesi ini memang menghiburkan semua walaupun perbincangan sesekali diselubungi kontroversi. Memang sesuai sekali dengan tajuknya. Saya pula terpaku agak lama di situ; memerhati, mendengar, menganalisis dan menilai. Soalan-soalan yang dilontarkan kepada Dr. FT yang rata-ratanya daripada mahasiswa membuatkan sesi wawancara semakin panas. Namun, beliau kelihatan tenang sahaja memberikan jawapan. Hasrat hati untuk mendapatkan 'Perempuan Nan Bercinta' yang dikatakan Sayed Munawar-"saya membaca novel ini dengan kebimbangan", dipendam dahulu kerana saya segera mengingatkan diri agar menghabiskan dahulu bacaan novel Dr. FT yang masih sepi belum disentuh iaitu Bedar Sukma Bisu. Beberapa cerpen dalam Tiga Kali Seminggu juga masih belum dihadam. Oh, maafkan saya ye buku-buku yang belum disentuh!

Kadang kala saya tersenyum sendirian dan kadang kala saya menongkat dagu yang tiada beralas sambil berdiri sepanjang sesi wawancara tesebut tatkala teringat akan pesanan sahabat-sahabat yang tidak menggalakkan saya membaca karya-karya Dr. FT. Yang pastinya saya agak kurang setuju dengan pandangan sedemikian. Saya sudah tetapkan dan tanamkan dalam diri saya harus sentiasa berfikir dengan mendalam dan membaca dengan persediaan mental yang tinggi, terutamanya apabila membaca karya-karya beliau yang 'dikatakan orang' mempunyai unsur-unsur syiah. Saya bukanlah orang yang layak untuk menghukum. Oleh itu, saya memilih untuk terus membaca, membaca dan membaca. Saya syorkan kepada sesiapa yang ingin membaca karya Dr. FT agar memulakan pengembaraan anda dengan Tunggu Teduh Dulu atau siri Detektif Indigo sebelum membaca karya-karya yang agak 'berat'. Saya juga telah berbincang dengan seorang senior di IPG yang turut mengikuti perkembangan karya Dr. FT. Beliau turut mempunyai pandangan yang sama dengan saya. Namun, saya amat menghormati dan menghargai pesanan sahabat-sahabat yang bimbang akan soal akidah umat dewasa ini. Terima kasih ya sahabat-sahabat.=)

Biarlah foto berbicara

 Utusan
 
Utusan (RM 2 sahaja)
 
 PTS
 
 Galeri Ilmu
 
 Galeri Ilmu

 Al-Hidayah

Dewan Bahasa dan Pustaka
 
Penerbitan Multimedia

Brosur yang saya ambil di kaunter pertanyaan 
memang memudahkan perjalanan saya

 Aktiviti PBAKL pada hari terakhir, 6 Mei 2012.

Nota kaki : Anda masih sempat lagi untuk ke PWTC sebelum PBAKL 2012 melabuhkan tirainya pada pukul 9.00 malam ini. =)
 
Seuntai kata untuk dirasa : Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada Jumaat yang mulia.

2 komen:

Farhana Sukre May 9, 2012 at 2:43 AM  

Nampak banyak gambar zue dalam facebook ITNM..Banyaknya buku..

Karya FT memang kontroversi, tapi jangan terus jumud. Ada kias, ada tersirat.

Zue May 9, 2012 at 5:52 AM  

Alhamdulillah dapat beli banyak juga. Simpanan dari awal tahun untuk PBAKL. Hihii.. Mana tahu tahun depan dah tak berpeluang ke PBAKL lagi. Mungkin juga tahun ni peluang yang terakhir.

Benar kata Ana "Ada kias, ada tersirat." Kena baca dahulu dan nilai apa yang tersirat. Usah menghukum sesuatu tanpa menyelidik dan mendapatkan penjelasan. Betul tak? Terima kasih Ana. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)