Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Ribut semalam

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai yang memaklumkan mereka merasai angin kencang dan ribut sekitar pukul tiga hingga empat pagi tadi di Lembah Pantai juga di sekitar Kuala Lumpur. Jarang sekali angin kencang dan ribut segagah itu pada waktu sebegini. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku di sini. Khabarnya, di beberapa tempat ada pokok yang tumbang dan atap rumah diterbangkan angin. Hebatnya kuasa Sang Khaliq. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesabaran yang tinggi dan permudahkan urusan mereka. Aamiin.

Seuntai kata untuk dirasa : Petanda Allah menghantar makhluknya, si angin kencang untuk mengejutkan hamba-Nya beribadah tika hamba-Nya yang lain sedang lena diulit mimpi?

Selamat hari guru

بسم الله الرحمن الرحيم

 Istimewa daripada kami =)

Selamat hari guru buat warga pendidik!

Terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidikku dengan penuh kasih dan sayang.
Terima kasih atas pengorbanan dan jasa kalian mencurahkan ilmu tanpa jemu
demi mengangkat harga diri dan maruah, membangun bangsa dan ummah.

Selamat hari guru teristimewa buat guru yang kukasihi Puan Zainiyah Md Zain.

Tidak pernah saya bertemu guru sepertinya
Wajahnya tenang dan mendamaikan
Tegurannya hemah penuh hikmah
Bicaranya tak pernah surut 
mangalirkan ilmu dan nasihat
sebagai pedoman mentauliahkan umat.

Terima kasih Puan Zainiyah =)

Pesanan Puan akan sentiasa saya semat di hati.. Insya-Allah ^^

Kamu bukan sahaja mengajarkan ilmu malah kamu mengajarkan kemahiran kepada murid.~Puan Zainiyah.

Seuntai kata untuk dirasa : Terima kasih Puan atas segala bimbingan, tunjuk ajar, didikan dan nasihat yang diberikan!

Doakan

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Minggu peperiksaan.

Anda pernah nampak kertas soalan macam bapak rimau?

Selamat Menempuhi Musim Peperiksaan!

Doakan saya ya. 
Ibu, ayah mohon doakan saya. 
Sahabat-sahabat mohon doakan saya. 
Saya; mesti doakan untuk diri saya. ^^
Untuk teman-teman juga! ^^

Seuntai kata untuk dirasa : Jangan lupa Al-Insyirah andai kamu menghadapi sebarang kesukaran.-pesan seorang teman.

Memaku

  بسم الله الرحمن الرحيم
Gambar 1 & 2
  Kadangkala kita terlupa, apabila kita menukul paku pada dinding,
kalau kita cabut paku itu semula, bekasnya tetap masih ada.
 
Seuntai kata untuk dirasa : Hati-hati memaku. =)

Kunjungan kali kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Hikmah pada penghulu segala hari

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menjejakkan kaki buat kali kedua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Suasananya jauh berbeza sekali berbanding pada kali pertama kunjungan saya ke PBAKL 2012. Sungguh tenang dan mendamaikan. Laluan tidak lagi sepadat Ahad lalu. Tanpa perlu bersesak-sesak, saya dapat mengunjungi lebih banyak booth berbanding kali pertama kunjungan dahulu. Sepanjang kunjungan kali kedua ini, saya dapat bertemu dengan penulis-penulis seperti Ramlee Awang Murshid, Ustaz Riduan Mohamad Nor, Ustaz Zahazan, Dr. Faisal Tehrani, Pyanhabib dan Chef Hanieliza. Semuanya hebat dalam kerjaya dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Tentu mereka punya seribu satu rahsia dan kisah yang menarik di sebalik kejayaan dalam hidup mereka. Mudah-mudahan saya dan anda turut terinspirasi dengan perjuangan dan kejayaan mereka. Kita sama-sama saling mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat ya. Insya-Allah.

Wawancara Sofa Putih di ITNM

Saya sempat mengikuti sesi Wawancara Sofa Putih bersama Dr. Faisal Tehrani di booth Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Topik yang dibincangkan ialah 'Perempuan Nan Bercinta~Faisal Tehrani Terus Kontroversi…'. Sayed Munawar yang mengendalikan sesi ini memang menghiburkan semua walaupun perbincangan sesekali diselubungi kontroversi. Memang sesuai sekali dengan tajuknya. Saya pula terpaku agak lama di situ; memerhati, mendengar, menganalisis dan menilai. Soalan-soalan yang dilontarkan kepada Dr. FT yang rata-ratanya daripada mahasiswa membuatkan sesi wawancara semakin panas. Namun, beliau kelihatan tenang sahaja memberikan jawapan. Hasrat hati untuk mendapatkan 'Perempuan Nan Bercinta' yang dikatakan Sayed Munawar-"saya membaca novel ini dengan kebimbangan", dipendam dahulu kerana saya segera mengingatkan diri agar menghabiskan dahulu bacaan novel Dr. FT yang masih sepi belum disentuh iaitu Bedar Sukma Bisu. Beberapa cerpen dalam Tiga Kali Seminggu juga masih belum dihadam. Oh, maafkan saya ye buku-buku yang belum disentuh!

Kadang kala saya tersenyum sendirian dan kadang kala saya menongkat dagu yang tiada beralas sambil berdiri sepanjang sesi wawancara tesebut tatkala teringat akan pesanan sahabat-sahabat yang tidak menggalakkan saya membaca karya-karya Dr. FT. Yang pastinya saya agak kurang setuju dengan pandangan sedemikian. Saya sudah tetapkan dan tanamkan dalam diri saya harus sentiasa berfikir dengan mendalam dan membaca dengan persediaan mental yang tinggi, terutamanya apabila membaca karya-karya beliau yang 'dikatakan orang' mempunyai unsur-unsur syiah. Saya bukanlah orang yang layak untuk menghukum. Oleh itu, saya memilih untuk terus membaca, membaca dan membaca. Saya syorkan kepada sesiapa yang ingin membaca karya Dr. FT agar memulakan pengembaraan anda dengan Tunggu Teduh Dulu atau siri Detektif Indigo sebelum membaca karya-karya yang agak 'berat'. Saya juga telah berbincang dengan seorang senior di IPG yang turut mengikuti perkembangan karya Dr. FT. Beliau turut mempunyai pandangan yang sama dengan saya. Namun, saya amat menghormati dan menghargai pesanan sahabat-sahabat yang bimbang akan soal akidah umat dewasa ini. Terima kasih ya sahabat-sahabat.=)

Biarlah foto berbicara

 Utusan
 
Utusan (RM 2 sahaja)
 
 PTS
 
 Galeri Ilmu
 
 Galeri Ilmu

 Al-Hidayah

Dewan Bahasa dan Pustaka
 
Penerbitan Multimedia

Brosur yang saya ambil di kaunter pertanyaan 
memang memudahkan perjalanan saya

 Aktiviti PBAKL pada hari terakhir, 6 Mei 2012.

Nota kaki : Anda masih sempat lagi untuk ke PWTC sebelum PBAKL 2012 melabuhkan tirainya pada pukul 9.00 malam ini. =)
 
Seuntai kata untuk dirasa : Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada Jumaat yang mulia.

Kesesakan lalu lintas

 بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat tinggal BB1M!

Melangkah ke PBAKL 2012 sungguh membuatkan hati saya tidak sabar-sabar lagi untuk menziarahi semua booth.(kononnya =D) Namun, apakan daya keadaan yang terlalu sesak pada hari Ahad(29 Mei) yang lalu agak menghilangkan mood untuk memilih dan membeli. Saya sempat singgah di Dewan Tun Hussein Onn sahaja. Baucer Buku 1 Malaysia(BB1M) yang masih berbaki di tangan dihabiskan hanya di dua booth iaitu di booth PTS dan di booth Galeri Ilmu yang terletak bersebelahan. Selamat tinggal BB1M!


Kesesakan lalu lintas

Kesesakan lalu lintas bukan sahaja di luar PWTC tetapi juga di dalam PWTC, di setiap dewan. Bezanya cuma di luar kesesakan yang melibatkan kenderaan dan di dalam pula kesesakan yang melibatkan manusia. Saya fikir kesesakan ini mungkin akan menjadi lebih parah pada hari terakhir PBAKL 2012, pada 6 Mei 2012(hari ini). Kasihan sungguh apabila melihat anak-anak kecil dan warga tua yang terpaksa berdepan dengan suasana dan keadaan yang sebegitu. Rasanya hendak bergerak sejauh 3 meter pun memerlukan masa yang amat lama. Dalam keadaan seperti ini, berjaga-jagalah duhai gadis dan wanita. Jangan biarkan diri anda tersentuh atau disentuh mereka yang tidak halal kepada anda. Awasi kehadiran tangan-tangan yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk menyeluk beg anda tak kira lelaki atau perempuan. Berhati-hatilah.

Oh, PTS!

Oh, mengapalah terlalu sempit booth PTS? Saya fikir PTS(antara booth yang menjadi tempat persinggahan utama pengunjung PBAKL) perlu menyewa ruang sebesar Kumpulan Karangkraf. Produk dan hasil terbitan PTS telah menarik perhatian banyak pembaca dan masyarakat Malaysia. Oleh itu, PTS mungkin boleh menyediakan tempat dan ruang yang lebih selesa untuk pengunjung pada masa hadapan. Hmm.. Mungkin juga ada sebab dan faktornya mengapa mereka memilih ruang sebegitu. Apapun, tahniah kepada PTS kerana usahanya untuk menerbitkan dan memasarkan buku-buku yang berkualiti. Terima kasih PTS daripada saya; salah seorang peminat PTS. =P


Seuntai kata untuk dirasa : Andai saya seorang suami, saya akan minta isteri saya senaraikan buku yang hendak dibeli dan tunggu di luar dewan sahaja -dalam keadaan yang amat sesak sebegitu.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)