Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Senyumlah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Langit punya aura ketenangan!" - Danbo =)
Ikhlaskan hatimu,
Sabarlah duhai hati,
Redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada dirimu. Cuba tutup rapat-rapat dan ikat masa lalumu dengan KEIKHLASAN. Yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkit kembali kerana hanya akan membuat dirimu putus asa. Cubalah untuk membuka lembaran baharu dan melangkah menuju masa depan.

Jangan patah semangat kerana hati yang tersakiti, mungkin itu suatu ujian yang membuat jiwamu menderita. Namun, percayalah itu ialah jalan untukmu memperbaiki diri menjadi muslim yang terbaik. 

Lihatlah ke atas, menggapai semangat untuk maju.
Lihatlah ke bawah, bersyukur atas semua nikmat yang kita peroleh.
Lihatlah di sampingmu, menggenggam semangat ukhuwah dan kebersamaan.
Lihatlah ke belakang sebagai suatu pengalaman yang berharga.
Lihatlah ke dalam, lakukan muhasabah diri.

Di sebalik tangisan itu ada kebahagiaan,
Di sebalik tangisan itu ada senyuman,
Di sebalik tangisan itu ada anugerah.

Alangkah bahagianya hati yang duka yang bisa menyanyikan lagu kebahagiaan dengan hati yang gembira.

Oleh itu, senyumlah. Maka, dunia akan tersenyum padamu!(◕‿◕)

Seuntai kata untuk dirasa : Masa akan menyembuhkan lukamu. Bersabarlah. Allah sentiasa di sisimu.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)