Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Bayu Malam

بسم الله الرحمن الرحيم

Bayu Malam

Dingin bayu malam 
yang mengusap lembut pipiku semalam
akan tetap abadi dalam ingatan 
meski hadirnya cuma untuk menitipkan salam.

Zue
Lembah Pantai

Seuntai kata untuk dirasa : Teruskan kembaramu duhai bayu malam.

Ustaz Azhar Idrus di PBAKL 2012

 بسم الله الرحمن الرحيم

 Berjaya rakamkan gambar ustaz tapi 
maaf deh cuma 'handphone' biasa 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

 Tokoh Arena bersama Ustaz Azhar Idrus

Tarikh : 29 April 2012
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat: Pentas Utama PWTC
Penyertaan: Orang Awam
 
Alhamdulillah..
Walaupun tak sempat dengar perkongsian daripada ustaz di pentas utama, dapat jumpa ustaz pun saya dah cukup bersyukur.. =)
 
Terima kasih ustaz.. Saya banyak belajar daripada ilmu-ilmu yang ustaz sampaikan. Alhamdulillah.. Teruskan perjuangan ustaz untuk menyebarkan da'wah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati ustaz. Aamiin..
 
"Ya ALLAH, permudahkanlah urusan, panjangkan umur mereka dengan keberkatan dan limpahkanlah rezeki yang halal kepada mereka yang mengajar dan mempelajari ilmu untuk membantu agama-Mu di mana pun mereka berada, dan bukakanlah pintu hati kami untuk mengikuti jejak langkah mereka... Aamiin Ya Robbal A'lamin..."
 
Tahniah ustaz berjaya menarik minat belia untuk mendekati Islam.
 Ramainya anak muda yang ingin bergambar dengan ustaz. 
Muslimah tak perlu kot bergambar dengan ustaz. Hehee.. (^_^)

Seuntai kata untuk dirasa : Malam ini kuliah ustaz di Masjid As-Syakirin, Gombak.(29 April 2012)

Bidadari

بسم الله الرحمن الرحيم

Tittle : Bidadari Dunia


My tears falling down when i watched this video...

Seuntai kata untuk dirasa : Beruntunglah kamu wahai muslimah.

Baik-baik sahaja

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..
Jangan bimbang. Saya baik-baik sahaja.(◠‿◠✿)
Terima kasih kepada semua orang yang mengambil berat akan diri saya!
Semoga Allah merahmati kamu semua dengan limpahan rahmat dan kasih-sayang-Nya.

Seuntai kata untuk dirasa : Sebenarnya entri-entri bernada melankolik sejak kebelakangan ini ditujukan khas untuk sahabat saya. Jangan bersedih sahabatku! =)

Rahsia Terindah

بسم الله الرحمن الرحيم 


Selalu ada rahsia terindah yg disimpan-Nya,
di sebalik semua perkara yang sedang kau alami,
kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai dan menyayangimu.
Hanya kita saja kadangkala tidak sedar bahawa apa yg sedang kita alami 
adalah 'cara-Nya' menunjukkan kasih sayang-Nya yang Maha Luas.
Subhanallah...

Seuntai kata untuk dirasa : Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-Nya..

Terima kasih Ya Allah!

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..
Allah tunjukkan jalan
Alhamdulillah..
Dia tunjukkan kebenaran
sebelum kaki ini melangkah ke jalan yang penuh kedukaan.
Allahurobbi.. Terima kasih..
 Ya Allah.. Pimpinlah daku menuju redha-Mu..

Seuntai kata untuk dirasa :  Ada anugerah di sebalik musibah.

Senyumlah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Langit punya aura ketenangan!" - Danbo =)
Ikhlaskan hatimu,
Sabarlah duhai hati,
Redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada dirimu. Cuba tutup rapat-rapat dan ikat masa lalumu dengan KEIKHLASAN. Yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkit kembali kerana hanya akan membuat dirimu putus asa. Cubalah untuk membuka lembaran baharu dan melangkah menuju masa depan.

Jangan patah semangat kerana hati yang tersakiti, mungkin itu suatu ujian yang membuat jiwamu menderita. Namun, percayalah itu ialah jalan untukmu memperbaiki diri menjadi muslim yang terbaik. 

Lihatlah ke atas, menggapai semangat untuk maju.
Lihatlah ke bawah, bersyukur atas semua nikmat yang kita peroleh.
Lihatlah di sampingmu, menggenggam semangat ukhuwah dan kebersamaan.
Lihatlah ke belakang sebagai suatu pengalaman yang berharga.
Lihatlah ke dalam, lakukan muhasabah diri.

Di sebalik tangisan itu ada kebahagiaan,
Di sebalik tangisan itu ada senyuman,
Di sebalik tangisan itu ada anugerah.

Alangkah bahagianya hati yang duka yang bisa menyanyikan lagu kebahagiaan dengan hati yang gembira.

Oleh itu, senyumlah. Maka, dunia akan tersenyum padamu!(◕‿◕)

Seuntai kata untuk dirasa : Masa akan menyembuhkan lukamu. Bersabarlah. Allah sentiasa di sisimu.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)