Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Berterima kasihlah pada dia

بسم الله الرحمن الرحيم


Berterima kasihlah pada insan yang telah...

~ melukaimu kerana dia telah membuatkan hatimu kuat.
~ membohongimu kerana dia telah membuatkan hidupmu makin bijaksana.
~ membencimu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.
~ dan yang menyayangimu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.

Seuntai kata untuk dirasa : Allah menguji takkan berhenti. Sabar dan ikhlaslah. =)

Belajar daripada liku-liku kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم


Daripada titisan air mata kita belajar mengerti.
Daripada rasa khuatir kita belajar mempercayai.
Daripada rasa kehilangan kita belajar menghargai.
Daripada rasa bersalah kita belajar memaafkan.
Daripada sebuah harapan kita belajar berjuang.
Daripada sebuah perjuangan kita belajar berkorban.
Daripada sebuah pengorbanan kita belajar erti ketulusan.

Seuntai kata untuk dirasa : Allah mendidik kita dengan kedukaan kerana Dia mahu menghadiahkan kita kebahagiaan.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang