Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Langit Ilahi

بسم الله الرحمن الرحيم

Thank you Allah for giving me difficulties to make me strong.

Saat duka bertamu dalam hati, saya akan memandang biru langit. Mendongak lantas berbicara dengannya umpama ia sahabat yang setia. Ya, sememangnya langit sahabat yang setia menemani sepanjang perjalanan yang berliku ini. Berbicara dengannya mampu mengusir gundah yang mula mekar dalam hati. Melihat ketenangannya mampu mendamaikan sukma yang merusuh berhari-hari. Menangis dengannya membuatkan diri semakin tabah meniti arus hidup ini.

Mungkin kamu juga boleh merasakannya.

Cubalah.

Bagaimana?
=)

Seuntai kata untuk dirasa: Saudara kita di Syria lebih memahami erti kesedihan yang sebenar. Ketahuilah dugaan yang menimpa mereka. Fahamilah. Mengertilah supaya kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

2 komen:

syafiqah February 24, 2012 at 5:49 PM  

kita kongsi perkara yang sama apabila berduka... (lihat langit) =)

Zue April 6, 2012 at 4:55 PM  

Syafiqah : Subhanallah, langit suatu ciptaan Allah yang hebat.. Rasa tenang dan mendamaikan bila lihat langit. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang