Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Mutiara

بسم الله الرحمن الرحيم
"Minat yang tersemai kukuh sejak sebagai mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 1978 menyebabkan TIGA BUAH BILIK saya sesak dengan buku. Kini, saya menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat sekitar 10,000 JUDUL BUKU dalam simpanan saya." ~ Dr. Jeniri Amir

Banyaknya! Sememangnya beliau seorang tokoh yang hebat... Saya suka sekali dengan buku '7000 Mutiara Kata' karangan beliau. Pertama kalinya memandang buku ini di rak buku-buku baharu di Pusat Sumber Dato' Lokman Musa, saya sudah mula jatuh hati dengan buku ini. Namun, pada ketika itu, buku baharu seperti ini tidak boleh dipinjam, hanya boleh dibaca di dalam pusat sumber. Oleh itu, saya sering menjadikan buku ini sebagai satu 'kewajiban' setiap kali singgah di pusat sumber. Mengapa? Sudah tentu kerana hendak menyalin mutiara kata yang menarik. =P


Saat ini, saya sudah memilikinya. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Tak perlu mencari-cari buku ini lagi di pusat sumber. Andai anda peminat mutiara kata, tidak rugi untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi bahan bacaan anda. Buku ini menghimpunkan ungkapan-ungkapan yang terhasil daripada ketinggian daya fikir para pemimpin, pemikir dan cendekiawan besar. Idea-idea mereka tahan diuji zaman hingga layak menjadi kata-kata hikmah.

Adakalanya, kata-kata kiasan ini bisa melembutkan hati insani dengan 'menyindir secara harus dan tulus'. Saya cukup kagum dengan individu yang punya kemampuan menghasilkan mutiara kata dan kata-kata hikmah yang hebat yang tentunya menyentuh hati manusia dengan izin-Nya. Mereka tentunya pemikir yang hebat!

Bukan tokoh-tokoh ternama sahaja yang mampu melakukan sedemikian, malah anda juga. Tentu ada yang pernah menukilkan kata-kata hikmah yang dikarang sendiri secara peribadi. Jangan malu untuk mempamerkannya. Andai ungkapan yang anda hasilkan itu dapat memotivasikan diri sendiri, tidak mustahil ada yang tersentuh dan menjadikan ungkapan itu sebagai satu perangsang kepada diri mereka juga. Ingat SN Usman Awang pernah berpesan, "Tajam keris raja, tajam lagi pena pujangga".

Seuntai kata untuk dirasa : Kalau tidak keberatan, kongsikan mutiara kata atau kata-kata hikmah kegemaran anda di sini. Terima kasih. =)

5 komen:

Farhana Sukre June 22, 2011 at 11:59 PM  

Hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya - Lasykar pelangi.

Zue June 23, 2011 at 12:34 AM  

Erti hidup pada memberi-kata Ustaz Hasrizal

Terima kasih Ana. =)

P/S : Teringin sangat nak baca semua novel Andrea Hirata terutamanya tetralogi Laskar Pelangi. Tunggu elaun! =P

Miera September 5, 2011 at 9:31 AM  

Hati perempuan itu terlalu lembut, kalau tidak pernah berniat untuk menjaganya walau sedetik pun, jangan pernah berani untuk mengusiknya!

Setiap kesukaran itu, akan datang selepasnya kesenangan. Yakinlah!

Hidup ini kembarnya ujian, datang dan datang tanpa perhentian, hanya dengan keimanan kita mampu bertahan, jangan kita jatuh hari ini kerna hanya selepas mati, baru ujian terhenti.

Manusia itu tidak sendiri, tetapi merekalah yang menyendirikan diri, melemparkan keimanan jauh daripada hati, memisahkan diri daripada Ilahi... Akhirnya sepi, sunyi, sendiri...

Miera September 5, 2011 at 4:40 PM  

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diingati, tetapi adakalanya terlalu manis untuk dirindui. Hidup ini adakalanya senang dan susah tapi yang susah itu tetap hidup dalam kenangan untuk dihargai bila kembali senang. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya disepanjang perjalanan. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa penuh kealpaan.

Jika sendiri janganlah merasa sepi,ada ALLAH yang sedang mengawasi. Jika sedih janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi. Jika susah janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu. Jika gagal jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta. Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.Ingatlah ALLAH selalu, serta ukirlah NamaNya dihatimu.

One day your life will flash before your eyes. Make sure its worth watching.

Tak mengapa melukakan hati orang lain asalkan jangan berbohong dan memberikan harapan yang tak pasti.

Zue September 14, 2011 at 7:40 PM  

Jazakillah khayran khateera Miera.. =)

Subhanallah indahnya mutiara kata. Indah lagi andai kita berpegang padanya lalu mengamalkannya tanpa rasa jemu.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)