Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Memandang

بسم الله الرحمن الرحيم

"Berhati-hatilah dalam memandang kerana sesungguhnnya memandang dapat menumbuhkan syahwat dalam hati dan ini akan menyebabkan fitnah."~Nabi Isa a.s
Bukan mudah mengawal mata. Namun, andai hati mengawal mata, maka setiap pandangan akan dikuasai hati.

Jangan biarkan si A'war memanfaatkan kebolehannnya menyusup masuk ke dalam pandangan mata!

P/S : Sila rujuk Advencer Si Peniup Ney-Faisal Tehrani(halaman 149) untuk maklumat lanjut.

Seuntai kata untuk dirasa : Dia tidak suka memandang. Dia tidak suka dipandang. Indah senyumannya. Indah akhlaknya.

Sakit

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber

“Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman.”

Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya.

Bukan mudah bertarung dengan kesakitan yang hanya diri merasakannya. Bukan mudah menangani keuzuran yang tidak mampu dikongsi deritanya. Sahabat yang disayangi, jangan pernah merasa sendirian. Wujudmu benar-benar ada dan bererti. Kamu punya Sang Khalik yang tidak pernah sesaat melupakanmu. Kamu sentiasa diperhatikan, disayangi dan dicintai semua orang. Yakinlah, kesembuhan akan menjengah dengan izin-Nya. Banyakkan istighfar dan selawat. Moga Allah memberikan jalan kesembuhan yang lebih mudah. InsyaAllah...

Seuntai kata untuk dirasa : Pintu-pintu syurga terbuka lebar untuk orang yang sabar menerima ujian dari Allah!

Pesan Sebuah Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan berbangga dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti ialah kain kapan.

Jangan berbangga dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita ialah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana kerana rumah terakhir kita nanti ialah kubur bertiang dua.

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana apabila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak dan cantik kerana apabila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak dan dimakan cacing.

Seuntai kata untuk dirasa : Setiap detik menghampiri sebuah kematian.

Kempen 'Hijab Adalah Ibadahku'

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber : Harian Metro

Seuntai kata untuk dirasa : Tertarik dengan kata-kata Dekan Pengajian Universiti, Nour Qarout.

Kita adalah saudara

بسم الله الرحمن الرحيم


Di saat ummah bertelagah akan kebenaran Sunni atau Syiah mereka masih dalam kesengsaraan. Kembali kepada ajaran Rasulullah s.a.w yang sebenar, tentu akan ketemu kebenarannya. Impian mereka turut sama terletak di bahu kita. Jangan biarkan tangisan mereka tenggelam dalam telingkah persaudaraan yang berpanjangan. Mereka memerlukan huluran tangan kita. Bukan hanya dalam kudus doa, malah sepanjang hidup ini kerana kita adalah SAUDARA.

Seuntai kata untuk dirasa : Pada suatu waktu di mana setiap perlawanan dan intifadha menghadapi kematian, dan kematian orang-orang yang berjuang demi sebuah perlawanan~Impian Palestin

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)