Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Kerbau, kelawar dan cacing

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu hari, Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si kerbau.

Pada siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di dalam sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?". Si kerbau menjawab, "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS kemudiannya mendatangi seekor kelawar yang pada waktu siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril AS mula bertanya kepada si kelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?". "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya," jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

sumber

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?". Si cacing menjawab, " Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

Seuntai kata untuk dirasa : Haiwan pun tahu bersyukur kepada Pencipta-Nya.=)

Yang abadi

بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah, jangan biarkan hamba terkorban dengan dunia...

Seuntai kata untuk dirasa : Bait-baitnya bisa membuat jiwa merintih, hati menangis.

Tanpa tujuan, arah kan hilang

بسم الله الرحمن الرحيم

Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus! ~ Thomas Carlyle

Seuntai kata untuk dirasa : Takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia.

Selamat Pengantin Baharu

بسم الله الرحمن الرحيم

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama’a bainakuma fii khaiiir…


Selamat Pengantin Baharu buat Kak Nurul tersayang.

Tahniah! Moga dengan terbinanya bait muslim ini bakal melahirkan para mujahid mujahidah sejati yang bakal mewarisi dan meneruskan kesinambungan dakwah Rasulullah s.a.w. Moga Allah memberkati dan melimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah ke atas kalian berdua.

Selamat bercinta hingga ke syurga! =)



Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan. (Do'a berdasarkan hadith sahih riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Seuntai kata untuk dirasa : Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan".

Sampah dan tong sampah

بسم الله الرحمن الرحيم

kredit gambar

Sampah dan Tong Sampah

Penghawa dingin bas ekspres sungguh cekap menjalankan tugas. Di kiri kanan laluan tengah bas yang sempit itu semua penumpang bas menyelimuti diri dengan apa-apa sahaja baik selimut, kain batik, baju panas, mahupun apa-apa sahaja yang dapat memberi keselesaan. Yang kebal sekadar berpeluk tubuh sahaja.

Di tempat duduk 'doube-seat', seorang pemuda sedang makan. Mungkin makanan yang dibeli semasa bas berhenti rehat di hentian rehat dan rawat . Mungkin juga makanan yang dibeli di stesen bas. Mungkin dibawa sendiri. Entahlah...

Tidak lama kemudian, bekas makanan terlihat di atas lantai bas hasil tangan pemuda tadi. Hairannya tong sampah terletak bersebelahan tempat duduk dihadapannya. Apakah tangan itu tidak bisa menjalankan tugas? Barangkali juga beliau tidak nampak.

Bas yang dipandu sederhana laju kemudiaannya membrek secara mengejut apabila melalui satu selekoh tajam di lebuhraya. Tong sampah yang berisi sampah sarap jatuh tertiarap. Isinya bertaburan di atas lantai bas. Kebanyakan penumpang tersedar dek terkejut dengan kejadian brek mengejut tersebut dan mungkin juga terkejut dengan bunyi tong sampah yang terjatuh. Pemuda tadi terus mengembalikan kedudukan asal tong sampah tadi dengan mengangkatnya dengan menggunakan kaki. Namun, sampah-sarap dibiarkan tanpa dikutip semula. Setelah itu, pemuda tersebut tidur semula.

Seorang gadis yang duduk bersebelahan pemuda tadi di kerusi 'single-seat' kemudiannya berusaha mengutip sampah-sarap yang keluar dari perut tong sampah meskipun sampah-sarap tersebut bukan miliknya. Sampah-sampah tadi diletakkan kembali dalam tong sampah.

Lantaran melihat usaha gadis itu, seorang gadis India yang duduk di hadapan tempat duduk gadis yang mengutip sampah tadi turut sama mengutip sampah berhampirannya dan membuangnya di dalam tong sampah.

Kedua-dua gadis itu tersenyum mesra saat pandangan mereka bertaut semasa mengutip sampah berhampiran tempat duduk mereka. Dari mata turun ke hati. Bermula dengan pandangan yang bertaut, mereka berbual sambil berkenalan dan beramah mesra menyimpul ikatan persahabatan di hati.

Bukan hanya cerita sampah dan tong sampah?

Ini bukanlah cerita hanya mengenai sampah dan tong sampah, mahupun sampah-sarap tetapi kisah tentang nasihat tanpa bicara. Nasihat dengan perbuatan. Nasihat dengan akhlak.

Gadis tadi telah menitipkan pesanan tanpa kata-kata. Akhlaknya membuatkan gadis di hadapannya turut sama berbuat kebaikan sepertinya. Adakah mengutip sampah satu perbuatan yang hina? Sama sekali tidak. Sampah dan tong sampah andainya diberi anugerah untuk berbicara pasti mahukan keadilan untuk mereka. Jadi, ringankan tangan dan ikhlaskan hati. Sekiranya hati berat untuk melakukan sesuatu, cuba ikhlaskan hati dan niatkan kerana Allah, InsyaAllah hati akan tenang dan senang melakukannya (pesanan seorang sahabat kepada saya)
. Renungkan kalimat ini, 'action speaks louder than words!'

Seuntai kata untuk dirasa : Dakwah Nabi dengan perbuatan lebih banyak berbanding dakwah baginda dengan khutbah dan perkataan.

Maal Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam Maal Hijrah 1432H
Kulla Aam Wa Antum Bikhair

Maafkan segala salah dan silap saya sama ada yang tersembunyi ataupun nyata.
Semoga Allah permudahkan perjalanan menuju negeri abadi ini.

Seuntai kata untuk dirasa : Hijrahkan hati =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)