Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Moga dipermudahkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya tanggal 26 Oktober 2010 yang dinantikan akan menjelma juga. Esok saya akan ke SK Bangsar untuk menjalankan amali pengajaran mikro aka micro teaching bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani(KPPJ). Terima kasih buat pensyarah KPPJ, Encik Bai yang amat prihatin, mengambil berat masalah pelajar dan sentiasa memberi komen serta idea yang bernas untuk amali micro teaching ini dan pembinaan RPH. Sahabat-sahabat sendiri tahu betapa Encik Bai memberi komitmen tinggi dalam perkara ni.

Sesi refleksi oleh Encik Bai (P/S: Tengok awan tu cantik kan! Subhanallah!)

Ini adalah kali kedua amali pengajaran mikro ni dilaksanakan. Kali pertama dulu yang jadi murid-murid adalah rakan-rakan sendiri. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan walaupun ada sedikit cacat cela sana sini. Maafkan saya sahabat-sahabat andai waktu melaksanakan micro teaching yang lalu saya tak lakukan yang terbaik. InsyaAllah esok akan ada penambahbaikan selepas sesi refleksi lalu. Harap-harap dapat lakukan yang terbaik untuk amanah ini.

Adakah anda sudah bersedia?

~ Moga Allah permudahkan segala urusan pada hari esok. Doakan saya ya.. ~

Sila baca pantun ni dengan gaya berpantun :

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.(Tolong ya!)

Seuntai kata untuk dirasa : Tiga tahun menjadi guru pelatih, saya tetap budak baru belajar, masih belajar dan InsyaAllah akan terus belajar hingga ke liang lahad.

2 komen:

Ros October 25, 2010 at 8:53 AM  

Assalammualaikum wrt.wbt.

Ucapan Tahniah & selamat.. moga menjadi pendidik yang benar-benar ikhlas.

Ummi nak share cerita dari abah (suami ummi) dalam perbualan bersama penyelia petangnya, rumusannya mereka melihat guru pelatih sekarang tidak benar2 menjiwai roh pendidik..beri sikit kerja merungut apalagi beri lebih kerja. Pengalaman abah lebih 20th buat ummi mengerti makna pendidik itu...

Zue...
bersabarlah dengan karenah pelajar kerna adanya mereka kita bergelar pendidik. Ummi percaya 'pendidik' akan sentiasa diingati pelajar justeru guru kena ikhlas dan enjoy mengajar untuk mendapat nilai yang sebenar.

S E L A M A T M E N G A J A R...
InsyaAllah...ummi doakan semoga segala urusan zue dipermudahkan oleh Allah SWT.

Zue October 30, 2010 at 8:51 PM  

Waalaikumsalam wrt.wbt.

Pengalaman abah yg ummi ceritakan tu byk ibrahnya pada saya. InsyaAllah saya akan cuba sabar dan ikhlas dlm mendidik anak2 bangsa.

Teringat dialog Fahri dgn rakannya dlm penjara (Ayat-ayat Cinta) :

“Kamu harus sabar dan ikhlas Fahri, karena itulah inti Islam. Saat ini, kesabaran dan keikhlasanmu atas hidupmu sedang diuji. Jangan pernah putus asa. Jadi ingat, SABAR DAN IKHLAS, ITULAH ISLAM!”

Syukran ummi utk ucapan, nasihat dan doa ummi. Moga segala urusan ummi jua dipermudahkan oleh Allah SWT. Sayang ummi ^_~

Jazakillah ummi.. ^_^

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang