Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Saya mahu setabah kamu 2

بسم الله الرحمن الرحيم


"Bukan mudah meniti jambatan ini, tapi aku tak kan pernah mengalah untuk tiba ke destinasi impian!" ujar Tuk Kura.

"Terima kasih Tuk Kura! Kamu mengajar aku supaya tak mengalah! Aku mahu setabah kamu!" bisik hati Cik Kura.

Seuntai kata untuk dirasa : Bilahan pedang kian menghampiri mangsanya yang alpa sejak kian lama.



Saya mahu setabah kamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Tabahnya penyu ni mengharungi ribuan butiran pepasir yang memutih di tepian pantai semata-mata untuk menyusuri luasnya lautan demi perjuangannya untuk hidup.

Seuntai kata untuk dirasa : Harapnya diri ini setabah penyu ini untuk mengharungi lambakan assignment yang akan dihantar dalam masa terdekat ni. Terima kasih 'green-turtle' yang comel. Kamu mengajar saya supaya tak mengeluh. =)

Salam Lebaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Bunga raya ni turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada pokok-pokok bunga di sekitarnya ~ Tolong sampaikan ~


Tinggal beberapa ketika sinar Syawal akan menjengah kita. Meninggalkan Ramadhan yang penuh barokah. Moga hati yang terpalit noda ini terbasuh dek kemuliaan Ramadhan. Doakan agar amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan benar-benar diterima Allah. Moga diri benar-benar ikhlas melaksanakannya bukan hanya tuntutan semata.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'AidilFitri Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair, Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een buat sahabat-sahabat blogger, followers yang sudi berlabuh di muara sungai 'Sinar Kehidupan', 'silent readers' dan semua pengunjung teratak 'Sinar Kehidupan' juga buat ibu bapa tercinta, keluarga tersayang, sahabat seperjuangan di SK Permatang Pasir, High School Bukit Mertajam dan warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Kalianlah yang mencorakkan warna-warni suka duka dalam diari kehidupan ini. Kalian yang mengajar erti kehidupan. Kalian jua yang menyinari kehidupan ini.

Di kesempatan ini jua, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan sama ada yang tersembunyi ataupun yang nyata. Moga kehadiran lebaran yang dinanti ini kita saling memaafkan seikhlasnya sesama insan.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah S.W.T memuliakan bangunan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab, tentu. Rasullullah S.A.W bersabda, "Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu".
(HR Thabrani).
Semoga berlabuhnya tirai Ramadhan dan menyusulnya gema takbir Syawal akan menyucikan jiwa ini. Moga pemergian dan kehadiran kedua-dua tetamu yang mulia ini kita kan memperoleh keredhaan dan keampunan-Nya.

Seuntai kata untuk dirasa : 'Kad Raya Bunga Raya' kat atas tu khas saya titipkan buat semua. Jangan lupa ketibaan Lailatul Jaaizah pada malam 1 Syawal nanti =)

Sebaik-baik perhiasan

بسم الله الرحمن الرحيم


Allah berfirman :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya."


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitai hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah daripada pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."


~ Wanita solehah hiasan terindah dunia ~

Seuntai kata untuk dirasa : Wanita solehah hatinya akan sentiasa dimiliki Ilahi. =)

Indah bunga indah wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepanjang menjalani PBS(Penilaian Berasaskan Sekolah) pada minggu lalu, saya menemukan pelbagai landskap menarik di setiap sudut sekolah. Segenap ruang dimanfaatkan dengan baik oleh pihak pentadbir sekolah. Dinding-dinding tidak dibiarkan kosong malah dilukis dengan mural dan ditulis pelbagai nota-nota pelajaran yang penting buat murid. Bagaikan nota besar yang difotokopi dan dilekatkan pada dinding. Lensa kamera pula sangat tertarik untuk merakamkan keindahan sekitar sekolah terutamanya keindahan bunga yang sentiasa menghiburkan insan di sekitarnya. Jom cuci mata!! ^_~

Paling suka bunga ni... ^_^

Comel kan... Kembar siam ye?

Orkid laaa...

'Closed-up' orkid

Seekor serangga hinggap kat salah satu kelopak bunga ni. Nampak tak?

Sweet 'purple'

Masa sekolah dulu suka ambil bunga ni nak sedut madu.
Betulkah ada madu?

Labah-labah pun suka sgt bunga ni sampai buat rumah kat sini

Unik =)

Indah kan bunga-bunga kat atas ni...

Sebab itu wanita diumpamakan dengan bunga...
Kedua-duanya indah.
Indah di mata.
Indah di hati.
Memangnya manusia itu suka pada keindahan.


Namun...

Indah bunga itu tergambar pada rupa, bentuk dan warnanya...

Indah wanita itu terzahir pada tulus hatinya...


Seuntai kata untuk dirasa : Bijaksana wanita itu adalah bagaimana dia mengendalikan keindahannya.

Selamat Memburu Lailatul Qadar

بسم الله الرحمن الرحيم

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”
(QS. Al Qadar [97] : 3-5)
Seuntai kata untuk dirasa : Mudah-mudahan andainya inilah Ramadhan terakhir, cukuplah untuk membuktikan hasrat kita untuk kembali kepada fitrah kebaikan dan tertulis sebagai hamba yang bertaubat. Selamat memburu Lailatul Qadar!

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)