Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Saat bersamamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana sudi memilih diri ini, hati ini untuk menghadiri program 'Di Saat Adam Bertemu Hawa' bertempat di Surau At-Taqwa IPG KBM. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat penganjur kerana melaksanakan program ini dengan jayanya. Hasrat untuk menghadiri program ini hampir tidak kesampaian kiranya saya pulang ke kampung oleh sebab hal tertentu. Alhamdulillah semuanya diatur dengan baik oleh-Nya. Bukankah Allah Maha Perancang?

Sungguh saya terpegun saat Kak Ha memulakan bicara pada pagi itu. Kelembutan dan kesopanan seorang muslimah terserlah. Wajahnya tenang menyampai pesan. Bicaranya sentiasa mengingatkan diri pada Allah. Kak Ha mulakan mukadimmah dengan mengingatkan para peserta untuk meluruskan niat dan muliakan diri dengan ikhlas. Seterusnya, Kak Ha menerangkan Islam tidak pernah memadam cinta, tetapi Islam mengajar kita salurkan cinta ke jalan yang diredhai Allah. Renungkan mutiara pemberian Kak Ha ini :


Kata ulama, " kaum wanita ibarat madrasah, apabila kamu mempersiapkannya, kamu akan mempersiapkan generasi masa hadapan."

Subhanallah... Tingginya martabat wanita di sisi Islam. Wanitalah guru pertama kepada dunia. Ibulah guru pertama kepada setiap bayi yang lahir di dunia ini.


Berikut adalah kupasan tajuk yang dibicarakan :


- Definisi tajuk -
- Tiga tingkat cinta dalam Islam -
- Sejarah cinta -
- Bila fitrah bertukar menjadi fitnah -
- Cinta dusta -
- Trend 'Taqrabuzzina -
- Indahnya cinta dalam Islam -
- Tips usaha mencari jodoh -

Slot seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah... Semuanya dapat dijawab dengan baik oleh Kak Ha. Pendekatan yang digunakan oleh Kak Ha membuatkan banyak hati yang tersentuh. Kak Ha menggunakan tutur bicara yang penuh hikmah dalam menyentuh sebuah hati.

Seterusnya, para peserta menyerbu Kak Ha semasa slot autograf dan sesi fotografi untuk mendapatkan tandatangan dan mengambil gambar. Saya juga antaranya. =D Namun, Kak Ha tetap tenang malah makin melebar senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Moga dipinjamkan ketenangan itu ya Kak Ha.

Jazakillah ya Kak Ha ^_^

Setelah meminta tandatangan Kak Ha, saya sempat bertanya tips menulis novel memandangkan subjek Penulisan Kreatif(PSE3102) yang diambil pada semester ini menuntut para pelajar menghasilkan 3 karya sajak, 3 buah cerpen dan sebuah novel. Kak Ha hanya tersenyum lantas mengungkap... "Subhanallah bagusnya... Baca bismillah dan terus taip..." Kak Ha turut mengakui kurangnya karya berunsur islami pada masa kini. Tambah Kak Ha lagi, sekiranya hendak menghantar minuskrip boleh bagi pada Kak Ha, nanti Kak Ha usulkan kepada Telaga Biru. Kemudian, saya bertanya lagi Kak Ha menulis pada waktu bila? Kak Ha menjawab, "Bila ada idea.. akak terus menulis." Begitu juga kata Encik Fauzi Abdullah, pensyarah saya, "Saya menulis bila "hantu" datang."

Sedihnya tak dapat bertemu dan mencubit pipi si comel Al-Haura' Maqsurah. Namun, Allah telah memberi kesempatan untuk bertemu bondanya. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan diri ini dengan seorang srikandi solehah yang tegar memperjuangkan syiar Islam. Moga Kak Ha terus unggul memperjuangkan kalimah Allah di bumi ini. Terima kasih buat Kak Ha kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga. Semoga dapat menatap lagi senyuman manis Kak Ha pada masa akan datang. Jumpa lagi!! ^_^


Seuntai kata untuk dirasa : Tertarik dengan mutiara kata yang terdapat dalam buku yang disebutkan oleh Kak Ha, 'Cinta dan Rindu dalam Islam' karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Sekiranya ada yang berminat, mungkin boleh dapatkan di MPH Mid Valley atau kedai buku berdekatan.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang