Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Syukur

بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih Allah.. ^_^

Alhamdulillah.. Semalam merupakan hari yang menggembirakan buat diri ini. Apa lagi yang dimahukan kiranya impian yang dipateri sejak kian lama ditunaikan. Syukur pada-Mu ya Allah atas limpahan rahmat dan kasih sayang pada hamba-Mu ini.


Moga hati ini bisa bersyukur atas nikmat-Nya yang tak pernah putus. Moga syukur ini bisa membangkitkan kemampuan berfikir secara positif. Moga syukur ini bisa melahirkan ketulusan dan keikhlasan dalam bersikap dan bertutur kata. Moga syukur ini bisa melipatgandakan kesabaran dlm menyusuri Ramadhan ini. Moga datangnya nikmat Allah ini menyampai pesan yang tak ternilai, membasuh hati yang dinodai duniawi dan meyimpul kasih suci Ilahi.

Seuntai kata untuk dirasa : Ya Allah... Kami mohon pada-Mu, suburkanlah selalu rasa syukur dalam hati kami agar kami bisa menikmati manisnya kasih sayang-Mu...

Halangan

Seuntai kata untuk dirasa : Mana mungkin tiada halangan untuk mencapai destinasi impian?

Buku-buku usrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang ibu tidak akan memberikan air susunya kepada anaknya sebelum si anak menangis minta disusui. Kalau seorang manusia merasa haus, dia sendiri harus mencari air dan Tuhan pun sudah menyediakan air itu. Bila anda sendiri tidak merasa haus, tidak akan ada gunanya sebuah sumber air yang memancar di hadapan anda. Jadi anda harus menyedari lebih dahulu betapa besar kerugian anda dengan tidak memahami din.

Anda tahu betapa besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar; anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan; anda dapat merasakan sedihnya kehilangan harta benda. Tetapi anda tidak tahu betapa ruginya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam. Kalau anda menyedari kerugian ini, maka anda akan berusaha sendiri untuk menebus kerugian ini. Dan bila anda sendiri mahu berusaha, maka InsyaAllah, Allah akan memberikan jalan bagi anda untuk memperoleh kembali harta anda yang telah hilang itu, dan Allah menyelamatkan anda dari kerugian yang besar ini.

Dan akhir seruan kata, bahawa segala puji bagi Allah seluruh alam.

Buku-buku usrah

Chapter 1 Usrah
1) Fiqh Al-Sirah 1 - Muhammad Said Ramadan Al-Buti
2) Usrah & Dakwah by Hassan al – Banna

Chapter 2 Hakikat Tauhid
1) Manhaj Hidup Muslim -Sayyid Qutb dan Al-Maududi
2) Syahadatul Haq by Abu a’la al –Maududi
3) Tauhid dan Makna Syahadatain

Chapter 3 Islam sebagai cara hidup
1) Apa Erti saya Menganut Agama Islam by Fathi Yakan
2) Apa Ertinya Anda Seorang Muslim by Abu a’la al –Maududi
3) Asas – asas Islam by Abu a’la al –Maududi
4) Bagaimana kita Menyeru kepada Islam by Fathi Yakan
5) Beberapa studi Tentang Islam by Syed Qutb
6) Cara Hidup Islam - Sayyid Abu al-Ala al-Mawdudi
7) Dasar – Dasar Islam by Abu a’la al –Maududi
8) Islam dan Jahiliyah by Abu a’la al –Maududi
9) Konsep – konsep Umum Islam by Abu Urwah
10) Salah Faham Terhadap Islam - Muhammad Qutb
11) Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur'an dan Sunah by Dr. Yusof Qardawi

Chapter 5 Akhlak dalam Islam

1) Adab Pergaulan Menurut Al – Quran & Sunnah by Dr. Rokiah Ahmad
2) Asas – asas akhlak bagi Harakah Islamiah by Abu a’la al –Maududi

Chapter 8 Dakwah Islamiah
1) Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim by Mohammad Nizam Abd. Kadir
2) Fiqh Dakwah Dalam al – Quran by Muhammad hanif Hassan
3) Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan by Pendakwah Fathi Yakan
4) Yusof Qardhawi - Islam Dakwah Yang Syumul

Chapter 9 Amar makruf Nahi Mungkar
1) Iman dan Harakah by Hisyam Soqr

Chapter11 Pengenalan Jamaah Islamiah

1) Beberapa Pelajaran dalam Amal Islami Said Hawa

Additional
1) Al Quran Digital
2) Allah Dalam Aqidah Islamiyah-Imam Hasan al-Banna
3) kumpulan hadist
4) At-Taubat Ila Allah-Dr Yusof Qaradawi
5) peranan pelajar - Sayyid Abu al-Ala al-Mawdudi
6) proses revolusi islam - Sayyid Abu al-Ala al-Mawdudi
7) tafsirMimpi.pdf
8) tanggungjawab pemuda - Sayyid Abu al-Ala al-Mawdudi

Sila klik download untuk muat turun semua fail ini di halaman mediafire.

Seuntai kata untuk dirasa : Terima kasih buat sahabat yang sudi berkongsi khazanah berharga ini. Moga Allah memberkahi usahamu dalam menyebarkan ilmu-Nya...

Puisi Doa-Chairil Anwar

بسم الله الرحمن الرحيم

DOA


~ kepada pemeluk teguh ~

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

Chairil Anwar
13 November 1943

Seuntai kata untuk dirasa : Sebuah puisi yang indah nukilan seorang lagenda sastera Melayu. Beliau pernah bermadah, "Aku ingin hidup seribu tahun lagi," nyata kini beliau masih hidup di hati insan yang mencintai puisinya. Puisi-puisinya dihafal oleh ribuan peminat. Hebatnya sang pujangga walau nyawa telah tiada tetapi namanya masih segar terpahat dalam dunia sastera.


Perkongsian Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

30 Tips Ramadhan dengan Al-Quran

Sila klik sini untuk download


Borang Mutabaah Amal Harian Bulan Ramadhan

Sila klik sini untuk download

Seuntai kata untuk dirasa : Jazakumullah khair buat saiFz atas perkongsian ini. Selamat men'download'! Selamat beramal!

Duhai Penyair

بسم الله الرحمن الرحيم

Dan penyair-penyair itu diikuti orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap-tiap lembah, dan bahawa mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya, kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. (QS 26 : 224-227)

Demikian ayat-ayat suci Al-Quran dalam surah As-Syu'ara sebagai sebuah peringatan buat para penyair. Bukan mudah bergelar penyair. Bukan mudah menghasilkan sebuah karya sastera. Karya yang bermutu, yang mengesankan buat para pembaca. Karya yang bukan sahaja bertindak sebagai medium yang menghiburkan, tetapi sarat dengan teladan, penuh dengan keindahan dan kecintaan pada Tuhan.

A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Para penyair harus sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya. Jadi, kita perlu berhati-hati dan berwaspada dalam setiap penciptaan karya sastera. Semoga setiap karya sastera yang dihasilkan mampu membantu menunjuk jalan, memandu kita meraih kasih dan redha Ilahi. Menulislah kerana Allah.

Seuntai kata untuk dirasa : Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…

Karya Fatimah Syarha

بسم الله الرحمن الرحيم

Majalah Solusi kini menjadi satu kewajiban untuk saya miliki setiap bulan. Bahagian pertama yang akan saya baca tentunya bahagian yang tertera artikel nukilan Kak Ha. Nak tahu mengapa? Anda harus memiliki Majalah Solusi dahulu. Jangan marah ya...^_^

Kolumnis Majalah Solusi (Ruangan Remaja)

Untuk melanggan Majalah Solusi, boleh download borang langganan majalah ini atau hubungi wakil jualan Telaga Biru. Sila rujuk laman web telaga biru atau blog Majalah Solusi.

Seindah Mawar Berduri

Novel Seindah Mawar Berduri ini telah mendapat tempat ketiga Sayembara Mengarang Novel Remaja Sempena Sambutan Jubli Emas DBP 2006. Kalau nak baca sinopsis novel ini dan dapatkan daripada DBP, sila klik sini ataupun boleh baca dalam bentuk fail PDF(download). Pada pendapat saya, membaca novel yang sebenar lebih memberi kepuasan dan penghayatan berbanding membaca dalam bentuk PDF (pendapat saya sahaja). Buat rakan-rakan di sekitar KL yang ingin membeli buku ini, mungkin boleh dapatkannya di Pustaka Mukmin, Jalan TAR(saya pernah nampak novel ni kat sini). Dah baca Seindah Mawar Berduri boleh la teruskan baca novel kat bawah ni pula- Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih.

Tautan Hati

Syabab Musafir Kasih

Selain itu, buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ini menjadi salah satu buku yang amat saya sayangi. IKuti kisah Qaniah dari zaman persekolahan sehinggalah wanita muslimah ini bergelar seorang isteri.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Saya fikir anda tentu akan terkesan dengan tulisan Kak Ha yang bisa menyentuh kalbu para pembaca. Anda tentu tidak akan rasa rugi memiliki karya-karyanya. Selamat membaca!

Seuntai kata untuk dirasa :
Tolong promosi hasil karya Kak Ha.. ^_^

Saat bersamamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana sudi memilih diri ini, hati ini untuk menghadiri program 'Di Saat Adam Bertemu Hawa' bertempat di Surau At-Taqwa IPG KBM. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat penganjur kerana melaksanakan program ini dengan jayanya. Hasrat untuk menghadiri program ini hampir tidak kesampaian kiranya saya pulang ke kampung oleh sebab hal tertentu. Alhamdulillah semuanya diatur dengan baik oleh-Nya. Bukankah Allah Maha Perancang?

Sungguh saya terpegun saat Kak Ha memulakan bicara pada pagi itu. Kelembutan dan kesopanan seorang muslimah terserlah. Wajahnya tenang menyampai pesan. Bicaranya sentiasa mengingatkan diri pada Allah. Kak Ha mulakan mukadimmah dengan mengingatkan para peserta untuk meluruskan niat dan muliakan diri dengan ikhlas. Seterusnya, Kak Ha menerangkan Islam tidak pernah memadam cinta, tetapi Islam mengajar kita salurkan cinta ke jalan yang diredhai Allah. Renungkan mutiara pemberian Kak Ha ini :


Kata ulama, " kaum wanita ibarat madrasah, apabila kamu mempersiapkannya, kamu akan mempersiapkan generasi masa hadapan."

Subhanallah... Tingginya martabat wanita di sisi Islam. Wanitalah guru pertama kepada dunia. Ibulah guru pertama kepada setiap bayi yang lahir di dunia ini.


Berikut adalah kupasan tajuk yang dibicarakan :


- Definisi tajuk -
- Tiga tingkat cinta dalam Islam -
- Sejarah cinta -
- Bila fitrah bertukar menjadi fitnah -
- Cinta dusta -
- Trend 'Taqrabuzzina -
- Indahnya cinta dalam Islam -
- Tips usaha mencari jodoh -

Slot seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah... Semuanya dapat dijawab dengan baik oleh Kak Ha. Pendekatan yang digunakan oleh Kak Ha membuatkan banyak hati yang tersentuh. Kak Ha menggunakan tutur bicara yang penuh hikmah dalam menyentuh sebuah hati.

Seterusnya, para peserta menyerbu Kak Ha semasa slot autograf dan sesi fotografi untuk mendapatkan tandatangan dan mengambil gambar. Saya juga antaranya. =D Namun, Kak Ha tetap tenang malah makin melebar senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Moga dipinjamkan ketenangan itu ya Kak Ha.

Jazakillah ya Kak Ha ^_^

Setelah meminta tandatangan Kak Ha, saya sempat bertanya tips menulis novel memandangkan subjek Penulisan Kreatif(PSE3102) yang diambil pada semester ini menuntut para pelajar menghasilkan 3 karya sajak, 3 buah cerpen dan sebuah novel. Kak Ha hanya tersenyum lantas mengungkap... "Subhanallah bagusnya... Baca bismillah dan terus taip..." Kak Ha turut mengakui kurangnya karya berunsur islami pada masa kini. Tambah Kak Ha lagi, sekiranya hendak menghantar minuskrip boleh bagi pada Kak Ha, nanti Kak Ha usulkan kepada Telaga Biru. Kemudian, saya bertanya lagi Kak Ha menulis pada waktu bila? Kak Ha menjawab, "Bila ada idea.. akak terus menulis." Begitu juga kata Encik Fauzi Abdullah, pensyarah saya, "Saya menulis bila "hantu" datang."

Sedihnya tak dapat bertemu dan mencubit pipi si comel Al-Haura' Maqsurah. Namun, Allah telah memberi kesempatan untuk bertemu bondanya. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan diri ini dengan seorang srikandi solehah yang tegar memperjuangkan syiar Islam. Moga Kak Ha terus unggul memperjuangkan kalimah Allah di bumi ini. Terima kasih buat Kak Ha kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga. Semoga dapat menatap lagi senyuman manis Kak Ha pada masa akan datang. Jumpa lagi!! ^_^


Seuntai kata untuk dirasa : Tertarik dengan mutiara kata yang terdapat dalam buku yang disebutkan oleh Kak Ha, 'Cinta dan Rindu dalam Islam' karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. Sekiranya ada yang berminat, mungkin boleh dapatkan di MPH Mid Valley atau kedai buku berdekatan.

Mulakan langkahmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Tanpa langkah pertama, tiada langkah kedua. Jangan ditabur seribu alasan. Jangan dibuai keseronokan yang tidak berpanjangan. Jangan ditunggu mentari esok. Bertindaklah. Leraikan ikatan. Rungkaikan simpulan. Ayuh mulakan langkahmu!

Seuntai kata untuk dirasa : Duhai hati fahamilah hakikat ini!

Doa selepas solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sila klik untuk besarkan saiz

Makna doa (terima kasih untuk terjemahan ini saudara Michel) :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmatNya dan sejajar dengan anugerah tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.

Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad  dan ke atas keluarganya serta para sahabat sekalian.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Dan seluruh muslimin dan muslimah dan mukminin dan mukminah samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Dengan rahmatMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, aku memohon daripadaMu keredhaanMu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaanMu dan daripada azab api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, kesihatan jasmani, bertambah ilmu, rezeki yang barakah, diterima taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat ampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami pada waktu sakkaratul maut dan selamatlah kami dari api neraka serta kami mohon pengampunan ketika di hisab.

Ya Allah sejahterakanlah diri kami, selamatkan iman kami, selamatkan tauhid kami, selamatkan pengetahuan kami,  selamatkan roh kami, selamatkan jasad kami, selamatkan rezeki kami dan selamatkanlah persaudaraan kami termasuk muslimin dan muslimah dan mukminin dan mukminah samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Dengan rahmatMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam iman, dan bangkitkan kami dalam iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Dengan rahmatMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan sekiranya Engkau tidak mengampuni dan tidak mengasihani kami, maka kami adalah golongan orang-orang yang rugi.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat Mu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab siksa neraka.

Ya Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad  dan kepada keluarganya serta para sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam.


Seuntai kata untuk dirasa : Jazakillah Ukhti Syafikah kerana sudi menulis sendiri doa ini buat sahabat-sahabat dan adik-adik. Moga usahamu diberkati dan dirahmati Allah. Aasif jiddan sebab tak ada terjemahan. Mohon sesiapa yang ada terjemahan doa selepas solat ini emailkan kepada saya.

Hamparan Biru

بسم الله الرحمن الرحيم

Hamparan Biru

Aku ingin meniti jaluran pelangi
agar aku bisa menikmati ketenanganmu
beralaskan gumpalan putih suci
berteman senyum sang mentari
serta desir angin membuai hati.

Zue
IPG Kampus Bahasa Melayu

Seuntai kata untuk dirasa : Aku ingin terbang menyusuri hamparan biru.

Selamat tinggal mentari

Matahari Pangkor makin tenggelam di balik bukit.

Selamat tinggal mentari...
Esok kita kan bertemu lagi...
Moga terang jinggamu bisa kusemat di hati ini...

Seuntai kata untuk dirasa : Subhanallah.. Indahnya pemergian matahari. Rindunya untuk menatap keindahan matahari jatuh ke dalam laut...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan tiba lagi..
Dia sujud mengungkap syukur pada Penciptanya
Hatinya diserbu seribu satu gelora rasa
Syahdu, terharu, ria, bahagia.
Tangan ditadah melangit harapan
Moga purnama indah ini bisa
menambah paksi iman dan taqwa nubarinya.


Seuntai kata untuk dirasa : Harus ada anjakan paradigma untuk Ramadhan ini.. =)

Benteng Pertahanan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kulihat garis-garis retak pada benteng pertahanan
Mengapa ini bisa terjadi?
Sedangkan kau mengalirkan sejuta keringat
Memateri bata pejal lagi teguh.

Kulihat kau biarkan musuh merapati
Melewati kubu anjal yang kurasakan kukuh
Namun kau biarkan mereka membedil benteng pertahanan
Meranapkan tegap dirian benteng harapan
Membibitkan sebuah ketewasan
yang kau sendiri lahirkan.

Seuntai kata untuk dirasa : Mengapa ini bisa terjadi?






Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)