Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Puisi : Redup Kasihnya

بسم الله الرحمن الرحيم


Redup Kasihnya


Matanya redup
memandang penuh kasih
sebuah potret usang
yang tidak jemu ditatapnya.

Puncak kerinduan sering bertandang
Tidak tahu dimana harus dicampakkan
Jiwa buntu penuh seribu kesalan
yang tak terluah oleh kata
Tumpah pada kolam air mata

Usah menyeksa batinnnya
Lekas kembali ke pangkuannya
Tubuh itu sudah tidak terdaya
Menanggung derita sukma
yang kau hadiahkan buatnya.

Adakah kau lupa?
Belaian manja ibu tercinta
Kemesraan tiada tandingannya
yang tidak akan kau temu lagi
saat dia melelapkan matanya
Meneruskan kembara
menemui Sang Pencipta.

Kembalilah padanya
Usah leka mewah dunia
yang penuh jerat berbisa
Padamkan segala derita
Lenyapkan duka nestapa
yang menginap di setiap penjuru sukmanya
Sebelum dia menutup seluruh pintu hatinya
Sebelum kau menyandang gelaran anak derhaka.

Zue
IPG Kampus Bahasa Melayu

Seuntai kata untuk dirasa : Kau sering melupakannya, sedangkan darahnya mengalir dalam tubuhmu...




Kebahagiaan yang didamba..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebahagian yang didambakan seluruh manusia sesungguhnya berpangkal dari dalam hati dan jiwa mereka. Maka, penderitaan yang melingkari dan menghantui mereka sebenarnya merupakan akibat dari musibah yang melanda hati dan jiwanya.

~ Imam Hassan Al-Banna ~

Seuntai kata untuk dirasa : Pantai hati tak pernah surut dek ombak musibah yang tegar melanda, namun usah jadikan ia seribu satu alasan untuk terus berpaling daripada-Nya...

Wahai puteri..

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai puteri,
bila kamu ingin mengetahui

tanda kebaikan dan keindahan

yang menghiasi tubuh dan akal,

maka buanglah sejauh-jauhnya

kebiasaan mempertontonkan diri,

kerana keindahan jiwa itu

lebih berharga dan lebih bernilai.

Banyak orang bisa mengubah si mawar tiruan,

akan tetapi mawar asli di taman larangan

tidak dapat diserupai bentuk juga keindahannya..

Seuntai kata untuk dirasa : Wahai puteri, hanya ditanganmu pintu segala kebaikan.


Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)