Sinar Kehidupan

Hidup ialah Sebuah Perjuangan

Salam Maal Hijrah


Seringkali kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi.

Mengapa kita mudah membenci bila dikasari?
mudah berputus asa bila apa yang dilakukan tidak menjadi?
mudah kecewa bila orang lain tak memahami?
mudah terguris bila dinasihati?

Ayuh kita bangkitkan diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah Nabi,
kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki,
marilah sama-sama berhijrah
ke arah yang diredhai...

Sollollahu a'ala Muhammad,
Sollollahu a'alaihiwassalam..

Salam Maal Hijrah..

Seuntai kata untuk dirasa : Sempena sambutan Maal Hijrah dan sambutan tahun baru Islam ini, marilah kita beristiqamah menjadikan Islam sebagai agama penyelamat dan membina masa depan manusia bertakwa..

Sahabat...


Seuntai kata untuk dirasa : Tiba-tiba hati terkenang sahabiah yang sedang berjuang di medan ilmu UPM.. Syukran ya ukhti!! Jauh di mata tapi tetap di hati.. InsyaAllah.. =)


Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Penang, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)