Sinar Kehidupan

Hidup Adalah Sebuah Perjuangan

Ahlan Ya Ramadhan

Assalaamu 'alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh...

Lamanya tak jenguk blog ni.. Rasanya belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Somoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita... =)

Dari Abu Hurairah berkata; nabi saw bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه

“Barangsiapa yang puasa kerana iman dan berharap pahala dan redha Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.

Rasulullah SAW bersabda:
"Antara solat fardhu dengan solat fardhu, antara Jumaat dengan Jumaat dan antara Ramadhan dengan Ramadhan itu menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar ditinggalkan."

Ramadhan adalah anugerah Allah pada kita..
Besarnya anugerah Allah ini pada kita..
Marilah sama-sama manfaatkan Ramadhan kali ini..
Suburkan cinta pada Allah dengan berkasih sayang dengan bulan kemuliaan ini..

Suburkan siang dengan hablun minannaas.

Suburkan malam dengan hablun minAllah.

Selamat beribadah!! =)

Seuntai kata untuk dirasa : Ramadhan adalah kasih sayang Allah.. =)

Related Posts with Thumbnails

Followers

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)

Solat dahulu ya! (◠‿◠✿)
Solat dahulu, barulah selesaikan urusan lain. Selepas itu, Insya-Allah hati akan terasa lebih tenang untuk lakukan apa jua urusan kerana urusan dengan Allah telah kita selesaikan. =)

Hamba-Nya

My photo
Perak, Malaysia
Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah. Ya Allah kumengharap keredhaan-Mu. Kumenuju pada-Mu Ya Rabb. Pimpinlah daku. Amin Ya Rabb al-A'lamin...

Mutiara kata

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Dakwah tidak akan ada nilainya jika para daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini. ~ Sayid Qutb

Perjuangan Secebis Jihad.. Terkadang meruntun hati, menguji rasa. Namun, setiap kegetiran yang melanda, renungkanlah kembali satu hakikat, kitalah mujahidah Allah. Senyum dan menangislah hanya kerana Dia.

Nota: Saya mengalu-alukan nasihat dan teguran membina daripada anda. Teguran dan nasihat anda amat bermakna untuk saya. Sekian, terima kasih. Jazakumullah khayran khateera. =)

Kembara di tanah gersang